Berita Harian

Paras sokongan terkini GESHEN RM1.65

-

GESHEN mengumumka­n keuntungan suku ketiga 2016 RM5.7 juta minggu lalu. Pendapatan sesaham syarikat (EPS) adalah 12.9 sen sesaham. Nisbah harga ke atas pendapatan syarikat (P/E Ratio): 12.95 kali Nisbah Aset ketara bersih (NTA) adalah RM1.01 sesaham.

Analisis teknikal

Untuk tempoh 52 minggu yang lepas, GESHEN mencapai paras tertinggi pada harga RM2.97 manakala paras terendah pada harga RM1.30. Pada Jumaat lalu, saham ini ditutup pada harga RM1.67. Pergerakan harga GESHEN pada Jumaat menunjukka­n ia menokok 9 sen. Berdasarka­n purata pergerakan harga mingguan (SMA5) dan purata pergerakan harga bulanan (SMA30), saham ini berada dalam aliran menaik. Walaupun purata pergerakan harga tahunan (SMA200) menunjukka­n GESHEN berada dalam aliran menurun namun harganya mulai menghampir­i dan menguji paras SMA200 ini.

Petunjuk Indeks Kekuatan Relatif (RSI) harian pada Jumaat lepas ialah pada paras 43.5 peratus. Bacaan RSI pada Khamis pula pada paras 35 peratus. Ini bermakna momentum saham GESHEN menunjukka­n kenaikan yang agak signifikan untuk asas harian.

Paras sokongan terkini adalah di sekitar paras RM1.65. Paras rintangan pula sekitar paras RM1.76, RM1.91. Sasaran GESHEN sekitar paras RM1.76 sesaham.

Untuk GESHEN meneruskan kenaikan, harga tertinggi Jumaat lepas perlu dilepasi. Jika GESHEN melepasi harga ini dan meneruskan kenaikan, sasaran terdekat ialah pada harga RM1.76 dan seterusnya pada harga RM1.91. Jika pelabur sudah melakukan pembelian dan jika ia tidak berjaya melepasi paras RM1.71 sepenuhnya, pelabur boleh mengambil keuntungan terlebih dahulu.

Jika pelabur masih memegang saham ini dan berlaku kejatuhan berterusan serta melepasi paras sokongan, pelabur perlu melakukan ‘Jualan Mengehadka­n Kerugian’ (Cut Loss) sebagai langkah meminimumk­an kerugian. Pelabur boleh mempertimb­angkan belian semula jika harga saham ini melepasi paras sokongan. Jika berlaku kejatuhan dan saham ini masih atas paras sokongan, pelabur boleh terus memegang saham ini. Analisis ini adalah untuk jangka sederhana iaitu di antara dua minggu hingga enam bulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia