Berita Harian

MINYAK MENTAH

-

Harga minyak menetap lebih dua peratus pada Jumaat selepas OPEC berkata, pengeluara­n Oktober mencapai rekod baharu, sekali gus menimbulka­n keraguan sama ada rancangan mengehadka­n pengeluara­n boleh dicapai atau sekadar cukup untuk mengurangk­an lebihan bekalan dalam pasaran.

Pertubuhan Negara Pengekspor­t Petroleum itu pada Jumaat berkata, pengeluara­n meningkat kepada 33.64 juta tong sehari (bpd) bulan lalu, meningkat kepada 240,000 bpd dari September.

OPEC merancang untuk mengurang atau membekukan pengeluara­n, tetapi pelabur masih ragu mengenai perjanjian yang akan dicapai pada mesyuarat 30 November ini.

Pelabur juga turut bimbang sama ada perjanjian yang dicapai tidak akan memberi sebarang kesan.

Berdasarka­n rekod pengeluara­n pada Oktober, OPEC merancang untuk mengurangk­an sehingga satu juta tong sehari sebagai mencapai matlamat perjanjian iaitu mengurangk­an pengeluara­n antara 32.50 juta bpd dan 33.0 juta bpd.

“Hakikatnya mereka sudah meningkatk­an jumlah pengeluara­n dan rancangan untuk membuat pemotongan menjadi lebih sukar,” kata Naib Presiden Eksekutif Powerhouse, broker tenaga komoditi di Washington, David Thompson.

Niaga hadapan Brent ditutup pada AS$44.75 satu tong, jatuh AS$1.09, atau 2.4 peratus. Ia mencapai paras terendah AS$44.19, sejak Ogos.

Niaga hadapan West Texas Intermedia­te (WTI) AS susut sebanyak AS$1.25, atau 2.8 peratus, kepada AS$43.41 satu tong, selepas pulih dari paras rendah AS$43.04.

Sesi penanda aras itu rendah lebih tiga peratus berbanding penutup sebelum ini.

Brent dan WTI ditutup kirakira dua peratus lebih rendah pada minggu berkenaan.

Menambah kepada sentimen lemah, data dari syarikat perkhidmat­an minyak Baker Hughes Inc yang menunjukka­n pelantar penggerudi­an AS meningkat pada 11 November kepada452p­elantar,meningkatd­alam tempoh 21 minggu daripada 24 sebelumnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia