Berita Harian

Unjuran dagangan tak menentu

Pelabur tunggu langkah, dasar bakal dilaksana presiden baharu AS

-

Adam Khan, berkata terdapat kemungkina­n kadar faedah dinaikkan berikutan tekanan inflasi yang dijangkaka­n dengan perbelanja­an besar di bawah pentadbira­n Trump untuk membina tembok dan prasarana.

Beliau berkata, kebanyakan pelabur akan mengambil pendekatan tunggu dan lihat kepada pasaran saham, dan memerhati langkah seterusnya Trump bagi dasarnya ke arah ekonomi sedang pesat membangun.

“Dalam keadaan ini, indeks petunjuk pasaran dijangka diniagakan antara 1,600 hingga 1,640 mata minggu ini,” katanya kepada Bernama, sambil menambah ringgit yang lemah dan penurunan harga minyak dijangka memberi tekanan kepada indeks itu.

Bagaimanap­un, beliau berkata, pertumbuha­n keluaran dalam negara kasar (KDNK) suku ketiga yang lebih baik daripada dijangkaka­n pada 4.3 peratus daripada 4.0 yang dicatatkan pada suku sebelumnya, dipacu oleh penggunaan domestik dan eksport bersih, membuktika­n bahawa asas ekonomi Malaysia masih kekal kukuh.

Bagi minggu yang baru berakhir ini, petunjuk pasaran FBM KLCI susut 14.05 mata kepada 1,634.19 berbanding 1,648.24 pada Jumaat sebelumnya.

Bagi asas minggu ke minggu, Indeks FBM Emas turun 03.47 mata kepada 11,504.25, Indeks FBMT 100 susut 100.84 mata kepada 11,214.96 dan Indeks FBM Emas Shariah berkuranga­n 128.05 mata kepada 12,103.91.

FBM Ace jatuh 22.81 mata kepada 4,964.59 dan FBM 70 susut 136.03 mata kepada 13,350.15.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan menokok 23.63 mata kepada 14,283.13, Indeks Perusahaan susut 35.56 mata kepada 3,109.48 dan Indeks Perladanga­n meningkat 17.41 mata kepada 7,760.02.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 8.86 bilion unit bernilai RM10.73 bilion berbanding 7.22 bilion unit bernilai RM9.08 bilion yang dicatatkan Jumaat minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran Utama naik kepada 5.82 bilion unit bernilai RM10.18 bilion berbanding 4.73 bilion unit bernilai RM8.69 bilion sebelumnya.

Jumlah dagangan waran menokok kepada 1.70 bilion saham bernilai RM372.54 juta berbanding 1.37 bilion saham bernilai RM232.88 juta sebelumnya.

Pasaran ACE naik kepada 1.32 bilion saham bernilai RM177.08 juta berbanding 1.10 bilion saham bernilai RM152.33 juta minggu sebelumnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia