Berita Harian

Rahsia kejelitaan isteri Aliff Terlajak Laris

Nur Shahida suka melawa sejak berusia 7 tahun, jadi model kosmetik produk sendiri

-

Wanita jelita ini sudah menjaga ‘aset’ keayuan dimiliki sejak usia kecil dan ia terus dikekalkan sehingga hari ini menerusi amalan serta petua kecantikan yang diwarisi daripada insan sekeliling, khusus ibunya.

Malah, kejelitaan dimiliki Pengarah Eksekutif D‘herbs, Datin Nur Shahida Mohd Rashid, 31, hari ini adalah hasil daripada rutin kecantikan yang diamalkan sejak berusia tujuh tahun.

Mungkin bagi kanakkanak seusia itu, tidak tahu langsung nak menjaga penampilan, yang mereka kisah bermain bersama rakan.

Berbeza dengan kanak-kanak lain, Nur

Shahida mula menjaga kecantikan dan penampilan pada usia begitu muda.

Kini, keanggunan dan penampilan­nya lebih terserlah apabila menjadi isteri kepada Pengasas syarikat kosmetik D‘herbs Healthy (M) Sdn Bhd (D‘herbs), Datuk Aliff Syukri Kamarzaman, yang meneraju sebuah syarikat kecantikan tempatan yang cukup popular.

Sudah tentu Nur Shahida perlu sentiasa cantik menawan dan awet muda supaya dapat meyakinkan peminat jenama kosmetik miliknya agar terus setia menggunaka­n produk keluaran mereka.

Tidak hairanlah, beliau sendiri menjadi model kosmetik dan testimoni hampir kesemua produk keluaran D‘herbs dengan kejelitaan asli dimiliki.

Suka kongsi petua kecantikan

Wanita berjaya ini tidak lokek berkongsi petua kecantikan, semuanya diceritaka­n tanpa berahsia.

Katanya, ulam-ulaman menjadi menu wajib dalam hidanganny­a kerana atas kepercayaa­n ia boleh memelihara kesihatan dan kecantikan secara dalaman sejak kecil lagi.

Jika kanak -kanak seusia beliau ketika itu gemar makan coklat, tetapi beliau pula mengambil ulaman dan sayuran sebagai pilihan utama menu.

Malah, ulam seperti pegaga, timun, ulam raja dan kacang botol menjadi hidangan paling di gemari sehingga hari ini.

Ini kerana ibu, Rohani Hassan penggemar ulam.

Jadi saya belajar makan ulam daripada ibu,“katanya.

Amalan kecantikan itu kini diwarisi anaknya apabila mereka lebih gemar makan ulam dan sayuran.

Kesemua anaknya, Ahmad Ahyan (8), Qadejah El Zahra (6) dan Ibraheem Adham (4), menggemari makanan berkhasiat itu walaupun masih kecil.

Minat melawa sejak kecil

Nur Shahida berkata, ketika usia baru mencecah Darjah Satu, beliau sudah gemar melawa.

Jika kanak-kanak lain sibuk dengan alat mainan dan tidak kisah kelihatan comot, tidak pada anak ketiga dari tujuh beradik ini.

Beliau mahu sentiasa kemas , cantik dan bergaya dan enggan keluar rumah dalam keadaan selekeh.

Lantaran, pakaian, kasut dan alat solekan ibu sentiasa menjadi ‘buruan’ seumpama alat mainan.

“Memang saya minat mencantikk­an diri sejak kecil lagi. Biasanya, gincu bibir ibu menjadi sasaran utama saya. Malah, saya kerap berangan dan berlakon seolah-olah saya pengacara.

“Ibu pula wanita berkerjaya. Jadi tentunya gemar bersolek dan sentiasa tampil bergaya. Saat itu, ibu memang sumber inspirasi saya untuk nampak sentiasa cantik,“katanya.

Ketika zaman sekolah menengah pula, Nurul Shahida sudah pandai menjaga kecantikan kulit. Buktinya, beliau akan memakai krim wajah sebelum ke sekolah.

“Saya memang suka melawa, bersolek dan tidak akan keluar rumah tanpa memakai krim,“katanya.

Justeru, sehingga ke hari ini, anak kelahiran Sungai Petani umpama remaja dengan memiliki kehalusan kulit dan figura badan persis anak dara.

Gemar baca bahan kecantikan

Apatah lagi ketika usia 17 tahun lagi, beliau sudah suka membaca dan sentiasa membuat rujukan di Internet berkenaan jenis produk dan fungsi ramuan yang digunakan.

Tidak hairanlah, hari ini, hampir kesemua ramuan dalam produk kecantikan sudah diketahui rahsia kebaikanny­a.

“Saya masih lagi suka meneliti setiap ramuan dalam produk kecantikan dan sifat ingin tahu kebaikan ramuan digunakan masih tinggi. Jadi, daripada pemilihan ramuan, pembungkus­an dan reka bentuk produk, memang saya lakukan sendiri kerana minat,“katanya.

Suami umpama perunding imej

Selepas berkahwin, Nur Shahida lebih bertuah kerana suaminya, Aliff mempunyai minat sama sepertinya.

Mereka pasangan secocok yang gemar tampil kemas, bergaya dan anggun.

Namun, di sebalik kecantikan dan personalit­i beliau, suami adalah pengkritik tetap yang tidak jemu memastikan beliau bijak memilih gaya mengikut peredaran zaman.

“Saya lebih ringkas dalam pemilihan imej. Sikap cerewet Datuk terhadap penampilan membantu saya kelihatan begini.

“Biasanya, beliau banyak membantu penampilan saya terutama soal pemilihan pakaian,“katanya.

Malah, setiap pagi, suaminya akan memastikan mereka berdua berjoging selama satu jam di sekitar kawasan rumah mereka.

“Suami ambil berat kesihatan dan penjagaan berat badan. Jadi, saya memang wajib kena ikut beliau jogging seawal jam 7 pagi setiap hari.

“Di rumah, hidangan makanan kami biasanya lebih kepada makanan rebus dan tidak bergoreng,“katanya.

 ?? [ FOTO ZUNNUR AL SHAFIQ /BH ] ??
[ FOTO ZUNNUR AL SHAFIQ /BH ]
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia