Berita Harian

Miliki ibu mentua berdisipli­n

-

Lebih bertuah Nur Shahida dikeliling­i individu yang miliki aura positif dan sentiasa mengamalka­n rutin penjagaan dan kecantikan secara konsisten.

Ibu mentua yang juga Pengasas Sendayu Tinggi, Rozita Ibrahim adalah individu yang banyak memberi nasihat dan panduan kecantikan kepada beliau.

“Sikap disiplin ibu mentua terhadap pengambila­n dan penjagaan pemakanan membantu saya memiliki tubuh langsing.

“Ketika tempoh berpantang, ibu mentua akan memastikan nasi dihidangka­n kepada saya dalam keadaan panas. Memang pantang ibu mentua, jika saya makan nasi sejuk.

“Waktu pagi, saya akan dimandikan air herba dan memakai bengkung sepanjang 24 jam. Memang tidak boleh buka langsung,“katanya.

Ketika tempoh 20 hari berpantang pula, beliau sendiri mengambil inisiatif berlari anak di dalam bilik selama 15 minit setiap pagi dan petang untuk mengekalka­n badan ideal.

“Ibu berpantang perlu menjadi pemakanan dan melakukan senaman. Memang waktu muda kita tidak merasa apa -apa kesakitan tetapi boleh memudaratk­an ketika usia tua nanti,“katanya.

Beliau sentiasa menjaga kecantikan tetapi sentiasa berwaspada dengan soal kesihatan.

Sentiasa kekal sihat cantik

“Setiap tiga bulan, saya akan memeriksa darah dan memastikan kolestrol dalam darah terkawal.

“Pada usia ini kita perlu menitikber­atkan penjagaan diri kerana hormon mula merudum. Apabila hormon menurun, ia mempercepa­tkan proses menopaus berlaku menyebabka­n wanita berada dalam keadaan tertekan, murung dan sukar tidur. Jadi, perlu cuba atasi masalah hormon dulu sebelum memikirkan perkara lain,“katanya.

Kecantikan luaran itu lebih indah jika disusuli dengan keindahan peribadi diri.

“Yang taasub buat pembedahan plastik atau rawatan estetik, tidak ada masalah jika tidak mengubah ciptaan Allah.

“Amalan kecantikan semula jadi atau gunakan produk bersesuaia­n. Ibu berkerjaya dan suri rumah perlu menjaga penampilan supaya sentiasa yakin dan ceria,“katanya.

 ??  ?? Nur Shahida juga menjadi model kosmetik untuk produk keluaran D'herbs.
Nur Shahida juga menjadi model kosmetik untuk produk keluaran D'herbs.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia