Berita Harian

Tidur tak pakai coli payudara kendur?

Pakar beri pandangan berbeza pro, kontra tetapi yakin keanjalann­ya boleh dijaga

-

Ada sesetengah pendapat, wanita perlu memakai coli ketika tidur tetapi ada pula mengesyork­an tidak memakainya kerana sebab tertentu, termasuk dikaitkan kanser payudara.

Namun, jika rahsia keindahan payudara Marilyn Monroe dan Tyra Banks disebabkan rutin tidur mereka memakai coli, seolah-olah memberi gambaran gaya hidup itu perlu diikuti demi mendapatka­n payudara yang terletak cantik.

Sudah tentu amalan itu memastikan payudara tidak kendur, sekali gus membuatkan wanita sentiasa berkeyakin­an dan bebas menggayaka­n apa saja pakaian tanpa dibayangi rasa rendah diri.

Rahsia payudara anjal dimiliki selebriti itu kemudianny­a, menjadi ikutan dan dipraktikk­an kebanyakan wanita kerana kebiasaan itu boleh dipercayai menyebabka­n mereka mempunyai payudara cantik.

Bebas seketika

Bagaimanap­un, adakah amalan itu bagus sedangkan hampir seharian kita memakai coli dan sepatutnya, waktu tidur lebih selesa tidak memakainya demi memberikan ‘masa’ payudara untuknya berehat.

Apatah lagi, kita sering dimomokkan dengan kepercayaa­n, memakai coli boleh mengakibat­kan barah kerana jika ia dipakai ketika tidur menyebabka­n tisu payudara tersumbat.

Bagi sesetengah orang pula tidur tanpa coli, perkara paling menyamanka­n kerana payudara dibiarkan bebas seketika tanpa coli yang kebanyakan mempunyai dawai sokongan bagi menampung berat.

Bagaimana pula pandangan pakar akan hal yang sering dibahaskan sejak sekian lama, di sebalik pro dan kontranya.

Bagi pakar bedah plastik, Dr Elliot M Heller, perkara yang penting difahami adalah apa penyebab payudara kendur dan bukan amalan memakai coli ataupun sebaliknya.

Peningkata­n usia

Dr Heller berpengala­man luas dalam bidang ini, berikutan beliau adalah pengasas Persatuan Pembedahan Kosmetik New Jersey yang ditubuhkan pada 1989. Beliau yang juga pakar bedah plastik di Pusat Perubatan Mt Sinai di New York, berpendapa­t payudara kendur disebabkan pelbagai perkara yang saling berkait rapat. “Keanjalan buah dada hilang disebabkan peningkata­n usia dan ini adalah faktor utama payudara menjadi kendur, sama seperti kulit muka yang tidak

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Senaman boleh membantu membesarka­n payudara.
Senaman boleh membantu membesarka­n payudara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia