Berita Harian

Jangan biar buah dada tergantung ke bawah

-

Persoalann­ya adakah pemakaian coli boleh menghalang payudara daripada kendur?

Pengurus Bahagian Pembedahan Plastik, Hotel Presbyteri­an

New York, Mia Talmor turut mempunyai pandangan tersendiri.

Beliau berkata, tiada bukti saintifik berkenaan trend sebilangan selebriti berupaya menghalang payudara mereka menjadi kendur.

“Coli direka untuk memberikan sokongan kedudukan payudara yang terletak kemas dalam kantung, memastikan bentuk menegak dan menolak ke atas.

“Secara teorinya, pemakaian coli ini mengelak payudara berada di kedudukan bawah dan menolaknya ke atas. Bagaimanap­un, dalam posisi tidur kita memerlukan sokongan lebih mendatar. Ini kerana payudara biasanya tergantung dari sisi ke sisi.

“Justeru, perlu bagi wanita, menjaga buah dada daripada tergantung ke bawah memberikan sokongan dengan memakai coli, supaya payudara berada dalam kedudukan yang tepat,” katanya.

Jangan terlalu ketat

Bagaimanap­un, beliau berkata memakai coli ketika tidur tidak banyak membantu mengatasi masalah payudara kendur. Ini kerana memakainya pada saat tidur hanya memegang payudara.

Katanya, beliau bersetuju dengan pandangan pakar lain bahawa memakai coli, adalah lebih baik kerana memberikan sokongan pada payudara, berbanding jika tiada langsung. Memakai coli boleh mengurangk­an tekanan dan regangan pada tisu payudara.

“Meskipun tiada bukti memakai coli boleh mencegah payudara daripada kendur, tabiat demikian tidak berbahaya. Jadi, jika kita merasakan perlu memberikan sokongan tambahan pada waktu malam, boleh saja terus memakainya meskipun sedang tidur.

“Namun pastikan anda selesa misalnya memilih coli kapas tanpa wayar dan pelapik untuk aktiviti sukan,” katanya.

Katanya, memakai coli yang terlalu ketat, sukar membuatkan payudara bernafas, menyekat pengaliran darah sekali gus menyebabka­n ketidak selesaan.

 ??  ?? Pilih coli yang sesuai.
Pilih coli yang sesuai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia