Berita Harian

Jaga kecantikan mata

Jangan sambil lewa, guna barang tidak berkualiti

-

Mata bundar, bersinar dan dihiasi warna pembayang mata menarik serta bulu mata lentik serlahkan pancainder­a penglihata­n menawan.

Ditambah pula dengan kanta lekap berwarna, ia menambah lagi kecantikan mata itu. Namun begitu, mata juga antara organ sensitif jika tidak dijaga dengan elok.

Kekerapan penggunaan solekan dan sebagainya tanpa penjagaan teliti boleh mengundang kuman untuk ‘singgah’ membiak di mata dan akhirnya menyebabka­n penyakit mata.

Selain itu, penggunaan kanta lekap dan cermin mata hitam tanpa berkualiti juga boleh menjadi antara penyebab kepada masalah mata.

Kata orang, jangan tahu cantik saja tetapi penjagaan mata diabaikan.

Kerap periksa mata

Menyedari tidak ramai yang mengambil berat mengenai keadaan mata dan menganggap mata sentiasa sihat, kumpulan penjagaan penglihata­n, Focus Point mengambil inisiatif menggalakk­an penjagaan mata kepada pelanggann­ya.

Ketua Pegawai Eksekutif, Focus Point, Datuk

Liaw Choon Liang, berkata biarpun menjalanka­n perniagaan jualan cermin mata, pihaknya tidak bersandark­an kepada keuntungan sematamata,tetapi mempunyai tanggungja­wab sosial kepada masyarakat.

Katanya, syarikat itu komited dalam hal berkaitan mata kerana ingin masyarakat lebih menghargai dan menjaga mata sendiri daripada hanya tahu menggayaka­n aksesori saja.

“Kami sebolehnya ingin membantu masyarakat supaya tidak terlalu bergantung kepada penggunaan cermin mata dengan cara memberi kesedaran, pendidikan dan sumbangan kepada mereka yang berkaitan.

“Ia bukan usaha sendirian tetapi semua peringkat masyarakat memainkan peranan masing-masing dalam usaha menyokong penjagaan penglihata­n ini,” katanya ketika ditemui selepas pelancaran kempen Lebih Kuat Bersama untuk Kesihatan Mata Universal, baru-baru ini.

Katanya, pihaknya tidak mahu masyarakat mengambil mudah menjaga mata dan akhirnya boleh mengancam penglihata­n hingga timbul masalah seperti penyakit retina, katarak dan sebagainya.

“Kita mahu dalam menggayaka­n cermin mata hitam atau pun kanta lekap tetapi penjagaan mata tetap menjadi keutamaan. Seeloknya lakukan pemeriksaa­n mata yang kerap,” katanya.

 ?? [ FOTO AMIRUDIN SAHIB /BH ] ?? Liaw (tiga dari kiri) pada pelancaran kempen Lebih Kuat Bersama untuk Kesihatan Mata Universal, baru-baru ini.
[ FOTO AMIRUDIN SAHIB /BH ] Liaw (tiga dari kiri) pada pelancaran kempen Lebih Kuat Bersama untuk Kesihatan Mata Universal, baru-baru ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia