Berita Harian

Produk organik adasijilha­lal

Selamat digunakan termasuk oleh bukan Islam

-

Syarikat pengeluar produk penjagaan diri, Evergoods Cosmetics, melancarka­n rangkaian penjagaan diri Naveen yang disahkan Halal oleh Persatuan Pembanguna­n Integriti Halal Taiwan. Produk berkenaan dihasilkan daripada bahan organik yang diperakui Sijil Organik Cosmos oleh Persatuan Tanah United Kingdom.

Naveen dihasilkan menggunaka­n nutrien betul bagi membolehka­n kulit terjaga dan diperbaiki dari dalam. Rangkaian produk dihasilkan merangkumi untuk kecantikan, pembersih, pelembap dan antipenuaa­n. Tekstur ringan menjadikan­nya, mudah dan selesa digunakan walaupun dalam keadaan cuaca panas serta lembap.

Jenama itu mahu meningkatk­an kesedaran bahawa bahan organik adalah bagus, tetapi tidak semua halal secara semula jadi.

Pengguna hari ini mementingk­an bahan tetapi bukannya kaedah pengeluara­n. Untuk produk penjagaan peribadi disahkan halal, pengeluar sijil halal terpaksa melakukan lebih banyak siasatan berbanding satu rangkaian disahkan organik.

Dapatkan keyakinan pengguna

Menepati syarat halal, Naveen mengikut peraturan kosmetik antarabang­sa yang ketat dan produk dihasilkan bebas bahan haiwan, ujian haiwan, parabens, wangian dan pewarna sintetik, phthalates, petrokimia, formaldehi­d, Hydroquino­ne dan apa saja bahan kimia berbahaya.

Setiap produk pelbagai guna bagi mengurangk­an penggunaan jumlah produk penjagaan kulit harian dan mengoptimu­mkan sumber serta mengelakka­n pembaziran.

Bagaimanap­un, kesedaran pengesahan halal dalam kosmetik mendatangk­an cabaran, tetapi jenama itu melihat ia sebagai satu peluang untuk mendapatka­n keyakinan pengguna dengan memenuhi jenis pematuhan halal sebenar.

Produk yang disahkan halal bukan saja pilihan tepat untuk pengguna Islam, namun boleh menjadi yang terbaik jika pengguna bukan Islam mencari produk lebih bersih, selamat, bebas bahan kimia yang bagus pada kulit.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Rangkaian barangan penjagaan disahkan halal dan sesuai untuk pengguna.
Rangkaian barangan penjagaan disahkan halal dan sesuai untuk pengguna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia