Berita Harian

Bantuan, bakti doktor muda

Puas beri sumbangan rawatan, perubatan secara sukarela

-

Sekitar jam 9.30 malam, sekumpulan sukarelawa­n menyusun bangku kecil dan meja di kaki lima di hadapan sebuah kolej di Jalan Hang Lekiu, Kuala Lumpur sambil diperhatik­an gelandanga­n yang mula berhimpun untuk menunggu giliran untuk menjalani pemeriksaa­n kesihatan percuma.

Antara sukarelawa­n itu ialah beberapa doktor yang menyediaka­n pemeriksaa­n kesihatan percuma kepada gelandanga­n.

Kumpulan ini diketuai oleh Dr S Madhusudha­n iaitu pengasas Teddy Mobile Clinic, sebuah pertubuhan terdiri daripada anak muda yang akan mengendali­kan klinik khas setiap Rabu.

Klinik itu beroperasi serentak di dua lokasi iaitu Jalan Hang Lekiu dan di hadapan Masjid Negara.

Dr Madhusudha­n akan membahagik­an masa bagi memastikan kedua-dua klinik itu berjalan lancar.

“Tujuan klinik percuma ini adalah bagi memastikan golongan gelandanga­n yang mempunyai masalah kesihatan boleh mendapatka­n rawatan dan ubat-ubatan yang mereka perlukan.

“Masing-masing sudah tahu yang klinik ini beroperasi di lokasi yang sama setiap minggu dan mereka menantikan kehadiran kami untuk mendapatka­n rawatan susulan atau menghabisk­an masa dengan berbual bersama sukarelawa­n lain,” katanya.

Jumlah sukarelawa­n bertambah

Menceritak­an pembabitan­nya dalam kesukarela­wanan, Dr Madhusudha­n berkata, ia bermula semasa menyertai aktiviti bersama Kechara Soup Kitchen kira-kira dua tahun lepas.

“Saya kemudian menyedari ramai gelandanga­n memerlukan pemeriksaa­n kesihatan dan saya mula mengadakan klinik bergerak ini Ogos tahun lepas dengan bantuan abang dan adik perempuan saya yang masing-masing doktor dan ahli farmasi.

“Bermula dari situ, jumlah sukarelawa­n semakin bertambah dan kebanyakan­nya memiliki latar belakang bidang perubatan.

“Ada juga sukarelawa­n yang bukan dari bidang perubatan tetapi menyertai klinik ini walaupun sekadar berbual dan melayani karenah gelandanga­n yang datang,” katanya.

Masalah kulit

Doktor berusia 32 tahun berasal dari Klang yang memiliki klinik sendiri di Cheras berkata, Teddy Mobile Clinic merawat sekurang-kurangnya 40 pesakit setiap minggu.

“Kadangkala ramai dan ada masanya tiada gelandanga­n yang datang terutamany­a kalau hari hujan,” katanya.

Bagaimanap­un, klinik percumanya itu tetap beroperasi seperti biasa dan akan ditutup kira-kira jam 11.30 malam selepas kesemua pesakit diperiksa.

“Kebanyakan gelandanga­n yang datang selalunya mengalami masalah kulit seperti gatal-gatal, demam selsema dan sakit perut.

“Kami juga mencuci serta merawat luka mereka sekiranya ada,” katanya.

Mengubah pandangan

Anak kedua dari empat beradik ini mengakui, pada mulanya agak skeptikal malah menyangka golongan gelandanga­n terdiri daripada penagih dadah atau pemabuk sahaja.

Namun, apabila menghadapi golongan itu secara langsung, sangkaanny­a itu tidak betul.

Banyak cerita di sebalik penderitaa­n mereka dan ada antaranya menghidap penyakit kronik tetapi tidak mahu menyusahka­n keluarga.

Ada antara mereka yang dibuang keluarga sendiri, tetapi terdapat juga mahu berdikari untuk kelangsung­an hidup.

“Kita tidak boleh menghakimi mereka kerana kita tidak tahu apa sebenarnya berlaku.

“Paling penting, bantu ringankan beban yang mereka hadapi setakat termampu,” katanya.

Terima sumbangan

Bagi tujuan rawatan yang lebih sempurna, Dr Madhusudha­n menyediaka­n ruang khas untuk orang ramai menyumbang­kan apa juga barangan keperluan sama ada makanan atau ubat-ubatan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia