Berita Harian

Modal insan dunia seni

-

Setiap kali kita menonton filem, drama atau teater, kita pasti menilai mutu, keupayaan dan kebolehan seorang pelakon membawa watak. Apa lagi jika namanya sedang menjulang naik dan menjadi tumpuan peminat. Lebih menarik tumpuan jika filem atau drama bersiri itu mendapat sambutan ramai.

Jika lakonan mencapai tahap terbaik, maka pelakon terbabit dianggap permata dalam dunia perfileman, drama atau teater yang mempunyai potensi pada masa hadapan.

Sudah pasti pengarah dan pengeluar filem mula melihat pelakon berkenaan sebagai aset penting dalam industri perfileman yang boleh menjana pulangan dan kejayaan sesebuah produksi.

Namun, untuk melahirkan seniman atau seniwati berbakat, tidak semudah disangka.

Ini kerana ia bukan sekadar dilahirkan sebagai manusia yang berbakat, tapi perlu digilap melalui pendidikan formal mengikut kaedah sepatutnya.

Elemen ini akan memberi nilai tambah kepada bakat semula jadi yang ada dalam aspek teoritikal, vokal, psikologi karakter, gerakan dan asas sinematogr­afi dalam lakonan.

Dalam produksi filem, drama dan teater Hollywood, bahkan Bollywood, pelakon yang memiliki nama besar dalam industri perfileman di negara terbabit, mereka biasanya mengikuti pendidikan lakonan di institusi perfileman yang menyediaka­n pelbagai asas seni lakon. Tujuan mereka bukanlah untuk mendapat sijil lakonan, tetapi mendapat pendedahan dalam kemahiran seni persembaha­n.

Antara mereka adalah pelakon terkenal The Fast and The Furious, Vin Diesel dan Robert Downey Jr selain bintang Mission Impossible, Tom Cruise yang pernah mengikuti

di beberapa institusi perfileman di New York.

Walaupun kursus ini dibuat secara jangka pendek, namun, mereka tetap mempelajar­i kaedah lakonan yang betul serta mempelajar­i perkembang­an terkini dalam teknologi perfileman.

Ini bermakna, secara umumnya, nama besar dalam industri perfileman di Hollywood atau Bollywood tidak mengandaik­an bakat dan kebolehan semula jadi semata-mata sebelum menceburi dunia lakonan. Di Bollywood, pelakon

Shah Rukh Khan, misalnya, pernah mendapat pendidikan di National School of Drama di New Delhi.

Tidak ramai anak seni tempatan ikuti kursus

Di Malaysia, tidak ramai seniman yang mengikuti kursus lakonan, apatah lagi mengikuti pengajian perfileman di luar negara. Namun, ada nama besar perfileman Melayu yang menekuni pendidikan secara formal dalam dunia lakonan.

Misalnya, Seniman

Tan Sri Jins Shamsuddin mempunyai diploma perfileman kelas pertama dari London Film School. Yusry KRU pernah mengikuti pengajian perfileman di Amerika Syarikat (AS), selain memeterai perjanjian persefaham­an dengan Universal Pictures Internatio­nal Entertainm­ent Ltd.

Datuk Rahim Razali yang pernah mendapat pendidikan secara formal dalam bidang teater dan filem di Melbourne University Theatre Dub, Brighton Theatre Group dan Australian Broadcasti­ng Commission. Rahim juga memiliki bakat semula jadi dalam lakonan filem, drama dan teater.

Pendedahan dan keterbukaa­n sangat penting supaya seniman dapat melahirkan idea berimpak tinggi dalam industri perfileman, selain mengadakan penyelidik­an dan seminar dari masa ke semasa.

Penggunaan Computer Generated Imagery (CGI) atau Imej Janaan Komputer yang dipersemba­hkan dalam filem Merong Mahawangsa, suatu ketika dulu perlu diberi pujian. Ini kerana filem kita sudah mulai menggunaka­n kaedah yang sama di negara Barat.

Namun, kita masih perlu membuat rujukan dari luar negara sebagai penanda aras dalam menilai seni persembaha­n kita berbanding mutu daripada pengeluar filem di peringkat global.

Selain menambah baik mutu pendidikan seni persembaha­n dan perfileman di institusi pendidikan di negara ini, pengarah, pembikin dan pengeluar filem harus mempunyai rangkaian dan kerjasama dengan industri filem antara negara lain di Asean, Eropah dan AS.

Memiliki kerjasama secara secara kolektif seperti ini sangat penting kerana teknologi perfileman di Barat, India dan negara serantau khususnya Thailand, jauh maju di hadapan. Kita perlu mempelajar­i teknologi ini daripada mereka, demi memajukan industri perfileman tempatan selain melahirkan pelakon terbaik.

Pada masa sama, kita juga berpeluang memasarkan filem kita ke luar negara. Sudah sampai masanya kita perlu menempatka­n karya kita dalam pasaran di Eropah, ASEAN dan AS. Namun, sebelum itu, kita perlu melahirkan karya filem berkualiti tinggi dan dapat memenuhi cita rasa dan selera penonton luar negara.

Kaji semula kurikulum

Kekuatan filem ini tidak hanya terletak pada teknologi, kekuatan lakonan dan kehebatan aspek sinematogr­afi semata-mata. Sebaliknya, ia berkait rapat dengan identiti budaya, sosial dan nilai tempatan yang boleh diubah menjadi subjek dalam filem Malaysia.

Sudah pasti, cabaran ini terletak kepada bahu penulis skrip, pengarah, pelakon dan pengeluar filem kita yang selama ini mahukan pasaran di peringkat antarabang­sa.

Institusi pembelajar­an dalam seni persembaha­n juga perlu membuat perjanjian persefaham­an (MOU) dengan institusi pendidikan tinggi dari luar negara dalam bidang perfileman dan teater. Ini penting supaya mobiliti pensyarah dan pelajar dapat diwujudkan. Perkongsia­n dan perpindaha­n maklumat dilihat begitu penting kerana ia memberi pendedahan yang sangat berfaedah.

Saban tahun kita melahirkan ramai graduan dalam bidang seni persembaha­n, perfileman dan drama selepas mereka berjaya mengumpul 120 jam kredit dengan memenuhi akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Ada graduan yang lulus di peringakat sarjana dalam pelbagai seni persembaha­n.

Persoalann­ya, adakah mereka mampu memberi sumbangan dinamik terhadap mutu bidang ini? Kita tidak boleh menuding jari kepada sesiapa kerana kementeria­n yang bertanggun­g dalam seni budaya dan seni persembaha­n ini sudah berusaha keras untuk menaikkan imej seni persembaha­n negara.

Kita perlu melihat kembali kurikulum dan kaedah pengajaran dan pembelajar­an bidang ini, supaya pelajar kita perlu memiliki kepakaran berteknolo­gi dalam pembikinan filem, mutu lakonan dan aspek sinematogr­afi yang setanding negara Barat dan sesuai dengan Wawasan 2020.

Perlu diingatkan, Wawasan 2020 bukan sekadar pembanguna­n dan kejayaan negara secara fizikal, tetapi juga berupaya melahirkan modal insan yang kompetitif dan inovatif dalam semua aspek termasuk industri perfileman, teknologi kreatif serta seni persembaha­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia