Berita Harian

Calon paling muda layak tanding AJL31

Aiman Tino sukar percaya Ku Rela Dibenci bakal berentap di pentas berprestij

-

Siapa sangka, penyanyi paling muda, Aiman Tino, yang beraksi dalam Separuh Akhir Muzikmuzik 31 menerusi lagu keramatnya, Ku Rela Dibenci, turut tersenarai sebagai 12 finalis yang akan berentap di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL), 22 Januari nanti?

Empunya diri juga langsung tidak menjangka namanya akan diumumkan pengacara, Fara Fauzana dan Fizie Hot FM, pada malam separuh akhir kedua yang berlangsun­g di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral,

Shah Alam, Jumaat lalu.

Masakan tidak, Aiman atau nama penuhnya, Mohammad Aiman Yusri,

18, menganggap dirinya terlalu ‘hijau’ dalam industri hiburan, apatah lagi untuk bersaing dengan 11 lagi finalis yang dianggap idolanya.

Reaksi Aiman yang kelihatan terpinga-pinga dan beberapa saat kemudian masih lagi tidak percaya dengan keputusan didengarny­a turut mendapat perhatian sewaktu program itu disiarkan secara langsung.

Elak rasa kecewa

Aiman, yang mula berjinakji­nak dalam dunia seni muzik sejak berusia 10 tahun menerusi program Idola Kecil, mengaku tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk mara ke AJL31,

namun bersyukur kerana rezeki berpihak kepadanya.

“Saya sejak awal-awal tidak mahu meletakkan harapan yang menggunung tinggi kerana bimbang kalau tidak terpilih nanti, saya pasti kecewa.

“Saya masih begitu baharu, jadi saya mengambil pendekatan untuk bertenang saja. Saya juga lebih selesa untuk merendah diri dan masih banyak perkara yang saya perlu belajar,” katanya.

Pada AJL31 nanti, Aiman bakal bersaing bersama pemenang vokal terbaik AJL30, Dayang Nurfaizah, menerusi lagu Lelaki Teragung hasil Natasya dan lirik nukilan Iman Imran. Dia turut berentap dengan idolanya, Akim & The Majistret, bersama lagu Obses.

Turut tersenarai sebagai finalis AJL kali ini ialah Projector Band (Sudah Ku Tahu);

Hazama & The Panglipur Lara (Di Amaran Mama);

Sufian Suhaimi (Terakhir);

Misha Omar dan Hafiz

Suip (Terimaku Seadanya);

Syamsul Yusof dan Mawi (Kalah Dalam Menang); Elizabeth Tan dan Faizal Tahir (Setia); Alif Satar dan Shila Amzah (Selamanya Cinta); Khalifah (Hang Pi Mana) dan Black (Anugerah Terindah).

Ditonton hampir 21 juta kali

Aiman yang mengaku masih tidak dapat mengawal rasa gemuruh juga berkata, dia tidak takut untuk bersaing dengan idola dan artis lebih berpengala­man dalam industri muzik.

Lagu Ku Tak Rela Dibenci bergenre balada yang dimuat naik ke laman Youtube sejak lima bulan lalu mendapat tontonan hampir 21 juta kali.

Anak keempat daripada sepuluh beradik ini berkata, pada awalnya, dia hanya berkongsi karya ciptaan ayahnya, Yusri Ishak, dan ibunya di laman berkenaan untuk kepuasan diri sendiri.

“Saya tidak sangka pula, menerusi single pertama

Ku Rela Dibenci, inilah jalan saya lalui sekarang.

“Saya akan menempuhny­a dengan baik dan memberikan yang terbaik nanti,” katanya sambil berterima kasih kepada juri kerana memberinya peluang untuk ke AJL31.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia