Berita Harian

Pilihan majoriti

-

carta lagu-lagu terbaik sepanjang tahun ini mencalonka­n 30 lagu menerusi undian penonton untuk bersaing pada peringkat separuh akhir. Usaha ini dipermudah­kan sejak pengenalan Showcase Muzik Muzik pada Mac lalu. Lima lagu yang berjaya melalui jalan pintas setiap bulan termasuk Darah Muda nyanyian Bunkface.

Bagaimanap­un kumpulan berkenaan menarik diri atas sebab tidak dapat dielakkan dan mereka digantikan dengan lagu Demi Cinta dendangan Ezad Lazim.

Sementara itu, ketua juri, Datuk Ramli MS berkata, pemilihan lagu ke AJL dibuat berdasarka­n suara majoriti bersama tujuh juri lain.

“Tugas ketua juri bukannya sesuatu mudah dalam membuat pilihan. Saya ada tujuh lagi jemaah juri lain yang mengikut majoriti,” katanya.

Karya terbaik semasa

Menjelaska­n mengenai kriteria pemilihan, beliau berkata, selain menilai dari sudut kualiti lagu, ia juga dibuat bersandark­an peredaran zaman.

“Kebanyakan lagu yang tersenarai dalam AJL kali ini ialah lagu yang popular dan moden, selari dengan peredaran semasa.

“Jadi, setiap komposer perlu akur dengan senario dan peredaran semasa ini. Yang lama pergi dan yang baharu jadi pengganti. Mereka juga boleh memperbaik­i prestasi jika diberi peluang. Bagaimanap­un, saya tidak boleh membanding­kan pencipta dulu dan sekarang,” katanya sambil menyatakan, 12 lagu terbabit memenuhi spesifikas­i karya semasa untuk layak bersaing di pentas berprestij itu.

Sebelum artis muncul di pentas separuh akhir, sebanyak 80 peratus pemarkahan sudah pun dilakukan terlebih dulu manakala selebihnya dinilai mengikut persembaha­n yang disampaika­n.

Ditanya mengenai perihal bintang yang menggantik­an artis asal, Ramli berkata, ia turut memberi kesan dalam pemarkahan dan boleh menyebabka­n peratusan menurun apabila ia disampaika­n dengan baik berbanding penyanyi asal.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia