Berita Harian

Aznil sedia jadi orang tengah

-

Isu hangat mengenai masalah cukai dalam kalangan selebriti membuatkan pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi, terpanggil untuk bersuara dan berkongsi maklumat bersama mereka.

Sebagai bekas Ikon Saya Cinta Malaysia Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Aznil berkata, beliau bersedia untuk menjadi orang tengah bagi membantu artis yang berdepan masalah cukai selain menolong mereka mendapat maklumat terperinci mengenai pembayaran­nya.

Kata Aznil, hubungan baik yang terjalin dengan badan berkenaan memudahkan lagi tugasnya untuk membantu golongan artis dalam menyelesai­kan masalahmer­eka.

“Sepanjang menjadi Ikon Saya Cinta Malaysia LHDN, saya didedahkan dengan pelbagai maklumat yang mungkin boleh membantu golongan selebriti dalam menyelesai­kan urusan pembayaran cukai mereka.

“Sebelum ini pun, saya bersama LHDN ada menganjurk­an sesi taklimat kepada golongan artis mengenai perihal cukai, malangnya tidak ramai selebriti yang hadir.

“Bagaimanap­un, memandangk­an isu ini kembali hangat dan jika ada Pengacara permintaan, saya rasa tiada masalah untuk saya menganjurk­an acara sama selepas ini,” katanya kepada HIP.

Usah larikan diri

Sebagai selebriti, Aznil memahami situasi artis yang agak keberatan untuk berurusan di kaunter bagi menyelesai­kan masalah cukai masingmasi­ng.

“Saya faham, bagi sesetengah artis, isu cukai sangat bersifat peribadi. Mereka mungkin malu atau keberatan untuk ke kaunter bagi bertanyaka­n hal terbabit. Maklumlah, bimbang juga jika ada yang merakamkan video ataupun mengambil gambar. Dalam hal ini, saya boleh membantu dengan mengaturka­n pertemuan secara peribadi bersama pihak LHDN.

“Mereka sangat terbuka dan rasanya tiada masalah untuk keduadua pihak berbincang secara tertutup. Cuma yang penting, artis jangan cuba melarikan diri daripada menjalanka­n tanggungja­wab mereka.

“Pihak LHDN tentu saja mempunyai banyak cara untuk mengesan artis yang cuba mengelakka­n diri daripada membayar cukai,” kata pengacara program Lepaknil ini lagi.

Che Ta, Nora hangatkan isu

Isu cukai artis kembali diperkatak­an selepas pelakon, Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta, gagal ke luar negara kerana mempunyai cukai tertunggak.

Isu menjadi semakin hangat apabila aktres cantik, Nora Danish, seperti yang dilaporkan sebuah portal, mencadangk­an LHDN memberikan pelepasan cukai bagi menampung kos ‘penampilan diri’ untuk selebriti dan artis.

Kenyataan Nora yang dengan pantas menjadi viral bagaimanap­un tidak disenangi netizen. Beberapa blog membuat tanggapan seolaholah golongan artis boleh mengelakka­n pembayaran cukai.

Pelakon Suami Ku Ustaz itu kemudian menafikan beliau mengeluark­an kenyataan sebegitu dan mendakwa ia diputarbel­itkan.

Nak hidupkan semula Tom Tom Bak

Sementara itu, Aznil ketika ditemui pada majlis sambutan ulang tahun ke10 Astro Ceria berkata, saluran yang dikhususka­n untuk kanakkanak itu banyak meninggalk­an kenangan manis kepadanya.

“Paling seronok apabila ada di antara mereka yang pernah terbabit dalam program ini, ketika masih kecil, kini menegur saya dan bertanya khabar. Bukan saja di Malaysia, tetapi juga ketika saya berada di luar negara. Bangga rasanya apabila mendapat tahu ada di antara mereka menuntut di luar negara,” ceritanya.

Ramai yang sedia maklum program Tom

Tom Bak cukup sinonim dengan personalit­i popular ini. Rancangan yang menyerlahk­an kreativiti si cilik, selain mencungkil bakat serta kepetahan mereka dalam memberikan pendapat itu bagaimanap­un sudah ditamatkan.

Menyedari program sebegitu banyak memberi manfaat, pengacara berusia 54 tahun itu bercadang untuk menghidupk­an kembali program berkenaan.

“Rancangan Tom

Tom Bak bukan sekadar hiburan sematamata, tetapi ia juga memberikan pendedahan awal kepada kanakkanak untuk melahirkan pendapat mereka dalam sesuatu perkara.

“Pada saya, Nabil Mahir ialah pengacara paling sesuai untuk mengemudi program itu kerana dia sangat disenangi, selain petah berbicara dwibahasa. Kalau dulu saya ibarat pangkat bapa dengan kanakkanak terbabit, mungkin Nabil boleh memainkan peranan sebagai abang buatmereka,”katanya.

 ?? [ FOTO ROHANIS SHUKRI / BH ] ??
[ FOTO ROHANIS SHUKRI / BH ]
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia