Berita Harian

Idam trofi aktres terbaik

-

Insiden dikecam netizen kerana berpakaian seksi bersama pelakon yang juga teman baiknya, Kilafairy, beberapa bulan lalu, memberi kesan emosi terhadap bintang jelita, Izara Aishah.

Biarpun sudah membuat permohonan maaf secara terbuka, namun masih ada pihak tidak berpuas hati dengan perkara itu.

Lebih mengecewak­an, ada pihak mendakwa keputusan Izara mengenakan pakaian mencolok mata itu disebabkan dorongan Kilafairy.

Perkara itu timbul kerana sebelum ini, Izara cukup menjaga penampilan dan cara berpakaian. Kilafairy atau lebih akrab disapa Kila pula memang sering dikaitkan dengan imej seksi.

Disebabkan terlalu ramai yang mendakwa Kila yang juga anak kepada penyanyi Rohana Jalil itu membawa pengaruh tidak baik terhadap Izara, aktres berusia 24 tahun itu tampil bersuara.

Menurut Izara, Kila tidak pernah memberi pengaruh buruk terhadapny­a. Jelas Izara, tindakanny­a mengenakan pakaian itu adalah atas kehendakny­a sendiri.

“Saya tahu ramai yang menyangka Kila mempengaru­hi saya berpakaian begitu.

“Malah, ada juga orang di sekeliling saya menganggap perkara sama. Untuk pengetahua­n semua, Kila tidak pernah memaksa saya untuk bergaya seksi dan apa yang berlaku adalah kehendak sendiri.

“Kasihan Kila, tidak pasal-pasal namanya dikaitkan dalam kontrovers­i itu. Saya sudah pun meminta maaf sebelum ini dan saya mengaku, itu semua salah sendiri,” katanya.

Lebih berhati-hati

Selama ini, pelakon yang mula menempa populariti menerusi drama Vanila Coklat ini mempunyai pendirian cukup teguh dalam soal berpakaian.

Buktinya, ketika berlakon dalam filem Pilot Cafe,

Izara menetapkan syarat kepada pengarah supaya pakaiannya dalam filem itu tidak terlalu seksi.

Sehubungan itu, apabila kontrovers­i pakaiannya menjadi bahan bualan di alam maya, timbul pertanyaan di manakah pendirian yang dipertahan­kan Izara sejak dulu lagi.

Bukan sengaja mahu mencari alasan, namun bagi menjawab pertanyaan itu, Izara memberitah­u, penampilan­nya yang dikatakan penuh sensual itu ada kaitan dengan perubahan bentuk badannya.

“Dulu bentuk tubuh

Izara lain, sekarang apabila semakin dewasa bentuk tubuh Izara turut berubah.

“Izara akui badan semakin berisi. Itulah yang membuatkan pakaian Izara kelihatan seksi. Insiden itu turut membuatkan Izara lebih berhati-hati pada masa akan datang,” katanya.

Menangis gagal jadi calon FFM 28

Memilih menjadi anak seni sejak lima tahun lalu, ternyata Izara tidak menoleh ke belakang lagi.

Pelbagai watak sudah dibawakan, malah Izara menjadi antara pelakon pelapis yang perlu diberi perhatian. Buah hati kepada Adib Khalid, anak tiri kepada penyanyi

Datuk Siti Nurhaliza ini dikatakan berpotensi untuk menggengga­m trofi pelakon terbaik, suatu hari nanti.

Ketika diajukan perkara itu kepada si empunya diri, wanita bermata cantik ini tanpa segan silu mengaku sudah lama dia mengimpika­n menjulang trofi berkenaan.

“Siapa yang tak mahu hasil kerja diiktiraf. Saya memang mengharapk­an suatu hari nanti, impian untuk menjadi pelakon terbaik akan menjadi kenyataan.

“Disebabkan itu saya cuba memberi yang terbaik dan berusaha untuk mendapatka­nnya. Sampai suatu tahap, saya menangis bila saya gagal mendapatka­nnya,” katanya.

Izara mengaku menangis apabila namanya tidak bolos calon akhir pada Festival Filem Malaysia (FFM) ke-28, baru-baru ini.

“Mungkin bukan rezeki, tetapi saya tidak akan patah semangat dan terus mencuba sehingga berjaya,” katanya yang bakal muncul dengan filem terbaharu arahan Osman Ali berjudul Kau Yang Satu.

Sepupu jadi inspirasi

Drama bersiri lakonan

Izara bertajuk Cinta Masam Manis untuk slot Akasia di TV3 yang baru berakhir turut menyerlahk­an bakat lakonan si jelita ini.

Drama arahan Eoon Shuhaini ini menyaksika­n Izara memegang watak sebagai Sarah yang menjalinka­n hubungan cinta dengan lelaki berusia, Johan lakonan Zamarul Hisham.

Mengulas watak yang dibawanya, bekas finalis Dewi Remaja 2009/2010 ini memberitah­u, dia ada cara tersendiri untuk menghidupk­an karakter itu.

“Untuk menghayati watak Sarah, saya jadikan sepupu saya sebagai inspirasi kerana dia bercinta dengan lelaki berusia.

Saya lihat bagaimana bahasa tubuh dia serta cara dia bercakap.

“Semua itu saya terapkan dalam watak Sarah,” katanya.

Kata Izara lagi, peluang berlakon dengan suami kepada pelakon Diana

Rafar itu dianggap ibarat bulan jatuh ke riba.

“Memang menjadi impian saya sejak dulu lagi untuk berlakon dengan abang Zamarul. Ini bermakna satu daripada impian saya sudah tercapai,” katanya.

Drama Cinta Masam Manis turut menampilka­n Raja Ilya, Shahjaszle,

Wan Nur Azlin dan

Sweet Farhana.

 ?? [ FOTO AZIAH AZMEE / BH ] ??
[ FOTO AZIAH AZMEE / BH ]
 ??  ?? Pakaian digayakan Izara dan Kila yang mencetus kontrovers­i.
Pakaian digayakan Izara dan Kila yang mencetus kontrovers­i.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia