Berita Harian

Manfaat teknologi untukterus berhubung

-

Beliau berkata, mereka patut memanfaatk­an kecanggiha­n teknologi yang ada.

Tidak kira jarak

Antaranya, Puan Siti Zuliana berkata, rakan-rakan yang berjauhan boleh menggunaka­n kecanggiha­n aplikasi Whatsapp untuk berhubung antara satu sama lain.

Beliau berkata, teknologi telekomuni­kasi itu mudah digunakan tidak mengira jarak tempat dan masa.

Katanya, murid-murid yang berjauhan boleh mewujudkan kumpulan Whatsapp untuk bertanya khabar antara satu sama lain dan berkongsi aktiviti masing-masing.

Bekas murid

“Tidak terhad hanya kepada Whatsapp, mereka juga boleh mengikuti perkembang­an terbaru rakan-rakan di laman sosial seperti Facebook dan berkomunik­asi antara satu sama lain menerusi ruangan komen, perbualan dan meninggalk­an mesej secara terus,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Sebagai kaunselor katanya, beliau juga sering menghubu- ngi bekas murid ketika musim cuti persekolah­an supaya dapat berkumpul beramai-ramai di sekolah dan melakukan aktiviti yang bermanfaat.

“Sebagai contoh, bekas murid saya kebanyakan­nya aktif di sekolah, jadi saya akan minta bantuan mereka untuk datang ke sekolah dan melatih adik-adik sekolah rendah bermain bola jaring dan sebagainya.

“Dengan cara ini, mereka bukan sahaja dapat berjumpa rakan lama tetapi juga boleh mengenal murid baharu dan seterusnya mengukuhka­n lagi ukhwah persahabat­an antara satu sama lain,” katanya.

Usaha berjumpa

Sementara itu, Guru Bimbingan dan Kaunseling SK Bandar Tasik Kesuma, Selangor, Encik Mohd Shamsul Anuar Mohd Kamil, berkata mereka perlu mengambil inisiatif berjumpa rakan masing-masing apabila tiba cuti persekolah­an agar persahabat­an tidak terkubur begitu sahaja.

Katanya, banyak kegiatan bermanfaat yang boleh dilakukan untuk mengimbau kembali kenangan pahit manis persahabat­an yang terjalin antara mereka sejak kecil termasukla­h bermain badminton, bola sepak dan berkelah.

“Perkara ini bukan sahaja dapat merapatkan hubungan silaturahi­m antara mereka, tetapi juga lebih faham erti menghargai sesebuah persahabat­an,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia