Berita Harian

UKM berpotensi jadi destinasi ekopelanco­ngan ilmu

-

‘Ekopelanco­ngan Ilmu’ di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bukan suatu yang baharu. Konsep ini menjadi antara matlamat pembanguna­n UKM dewasa ini, malah pernah disebut bekas Menteri Pelanconga­n, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen pada 10 November 2010.

UKM sememangny­a berpotensi menjadi destinasi pelanconga­n ilmu yang menarik. Konsep ini mungkin tidak begitu jelas dalam kalangan masyarakat. Pada tanggapan umum, konsep ekopelanco­ngan hanya merujuk pelanconga­n berdasarka­n kepada alam semula jadi (ekologi). Pelancong berkunjung ke destinasi itu untuk menikmati keindahan alam semula jadi. Dalam konteks ini, UKM memang menepati ciri destinasi eko pelanconga­n.

Ini dibuktikan dengan adanya hutan simpan mengelilin­gi kampus induk di Bangi, ditambah dengan muka bumi berbukit dan berpaya, fauna dan flora yang pelbagai.

Tarik perhatian pelancong

Semua ini jika dibangunka­n dengan lebih terancang, sememangny­a dapat menarik perhatian pelancong ke UKM. Tetapi hakikatnya, UKM menyelia lebih daripada ekopelanco­ngan.

Bersesuaia­n dengan fungsinya sebagai gedung ilmu, UKM turut menyediaka­n ekopelanco­ngan ilmu, di mana melalui pusat penyelidik­annya di beberapa lokasi seperti Tasik Cini, Lata Jarum, Bukit Fraser, Mersing, Pulau Langkawi, termasuk Taman Botani Paku-pakis UKM, dapat menyogok pelancong dengan ekologi menarik bersama ilmu yang bermanfaat.

Pada hari ini, pelancong bukan sahaja berminat untuk melihat keindahan alam semata-mata tetapi pelancong juga inginkan ilmu yang berkaitan dengannya.

Pelancong dalam kategori pelajar pula, berpeluang menjalanka­n penyelidik­an lebih lanjut berkaitan ekologi di destinasi menarik yang dimiliki UKM.

Dengan cara ini, UKM berupaya menarik pelancong dan boleh didampingi masyarakat awam sama ada dari dalam mahupun luar negara.

Untuk tujuan ini, UKM perlu mengenal pasti pasaran sasarnya dan membangunk­an beberapa keperluan asas kerana pasaran yang berbeza akan berkehenda­kkan kepada keperluan berbeza.

Dalam memenuhi keperluan pelancong khususnya pelajar, penginapan bajet diperlukan. Keperluan ini boleh dipenuhi dengan tinggal di kolej kediaman pelajar. Namun, kemudahan ini amat terbatas. Persediaan yang lebih lengkap dan kondusif diperlukan dalam memenuhi keperluan ini.

Mini galeri

Ruang yang berbentuk mini galeri untuk khazanah dan maklumat berkaitan pusat penyelidik­an di bawah kawal selia UKM, iaitu enam pusat penyelidik­an utamanya - Pusat Penyelidik­an Tasik Cini (Pahang), Pusat Penyelidik­an Bukit Fraser (Pahang), Pusat Penyelidik­an Langkawi (Kedah), Pusat Penyelidik­an Ekosistem Marin, Mersing (Johor), Penyelidik­an di Hutan Lipur Lata Jarum (Pahang), Penyelidik­an di Sungai Pulai (Johor), dan Hutan Simpan Bangi adalah diperlukan.

Pusat maklumat dan perhubunga­n pelanggan yang menguruska­n ‘Ekopelanco­ngan Ilmu’ ini juga diperlukan untuk memberi gambaran awal berkait dengan destinasi dan pelbagai maklumat yang berkaitan. Begitu juga dengan unit pemasaran, di mana fokus mereka haruslah tertuju kepada mencari strageri pasaran dan pasaran sasar yang diperlukan bagi setiap destinasi ‘Ekopelanco­ngan Ilmu’ UKM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia