Berita Harian

Dua bahagian Cyprus nantikan penyatuan semula

-

Suasana di Republik Turki Cyprus Utara (RTCU) umumnya masih ‘tunggu dan lihat’ berhubung usaha pemimpinny­a berunding dengan pemimpin Greek Cyprus yang mentadbir selatan pulau ini mengenai penyatuan semula.

Malah, Menteri Luar RTCU, Tahsin Ertugrulog­lu, mengakui, beliau tidak menaruh harapan tinggi terhadap rundingan mengenai penyatuan semula Cyprus antara Presiden RTCU, Mustafa Akunci dan pemimpin Greek Cyprus, Nicos Anastaciad­es sekalipun kemajuan besar dicapai dalam rundingan di Mont Pellerin, Switzerlan­d, minggu lalu.

Perundinga­n lima hari itu menangani isu termasuk hartanah dan garis pemisah di antara kawasan penduduk Turki dan Greek dalam sistem pentadbira­n persekutua­n pada masa depan. Laporan menyatakan, antara prinsip dibincangk­an termasuk kepulangan penduduk, peratusan milik tanah dan akses ke kawasan pantai.

Sekalipun begitu, Tahsin yang menyambut kunjungan wartawan Eropah, Asia dan

Afrika, mengakui berbeza pandangan dengan Mustafa sama ada perjanjian dengan Greek Cyprus akan memberi hak dan kebebasan sama kepada penduduk RTCU.

“Saya dan Presiden (Mustafa) tidak sependapat (mengenai rundingan penyatuan semula). Beliau lebih berharap ia akan hasilkan perjanjian tetapi saya tidak...bukan kerana tidak mahukannya namun ia mestilah perjanjian terbaik.

“Pulau Cyprus berpecah dua antara penduduk Greek di selatan dan Turki di sebelah utara selepas tentera Turki campur tangan pada 1974,” katanya.

Satukan Cyprus, Greece

Ia berikutan rampasan kuasa di Cyprus yang disokong Athens bertujuan menyatukan pulau itu dengan Greece. Campur tangan Ankara dibenarkan mengikut syarat Perjanjian Ikat Jamin

1960 antara Turki, Britain dan Greece. RTCU kemudian dibentuk pada 15 November 1983 selepas pengundian mentadbir hal ehwal sendiri diluluskan meliputi kawasan penduduk Turki Cyprus.

Di sebalik kemajuan besar dicapai dalam rundingan di Mont Pellerin, Tahsin masih tidak yakin ia akan membawa hasil diharapkan. Justeru, pusingan baharu rundingan pada 20 November tentu penting.

Jika dicapai sekalipun, ia masih memerlukan kelulusan masyarakat Greek dan Turki menerusi pungutan suara. Bagi pihak yang pesimis, mereka merujuk kegagalan rancangan PBB dipanggil pelan (Kofi) Annan yang mana hanya 24 peratus penduduk Greek Cyprus menyokong sedangkan 65 peratus penduduk Turki

Cyprus menyokong, pada 2004.

Faktor sejarah dan realiti semasa bermakna masih banyak perlu dilakukan untuk mengubah persepsi pihak yang meragui sejauh mana perjanjian yang diusahakan boleh beri keadilan kepada kedua-dua masyarakat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia