Berita Harian

Bursa suram, kurang pemangkin

FBM KLCI turun 0.86 mata untuk ditutup ke paras 1,626.77

-

332 dengan 371 kaunter tidak berubah, 616 tidak diniagakan dan 16 yang lain digantung.

Jumlah dagangan turun kepada 1.38 bilion saham bernilai RM1.46 bilion daripada 1.83 bilion saham bernilai RM2.07 bilion sebelumnya.

Hong Leong Investment Bank Research berkata, meskipun FBM KLCI mencatatka­n paras tertinggi harian 1,637 pada Rabu, indeks tempatan tidak dapat mengekalka­n kenaikan tersebut apabila ia ditutup pada 1,627.63.

“Kami mengekalka­n pandangan bahawa prospek jangka terdekat FBM KLCI kekal mencabar berikutan keadaan tidak menentu dalam pasaran ekuiti, bon dan mata wang,” kata firma penyelidik­an itu dalam satu nota penyelidik­an.

Dari segi teknikal, Hong Leong berkata, FBM KLCI perlu mengu- kuh ke arah paras 1,640, dan jika ini tidak menjadi kenyataan, indeks petunjuk pasaran itu dijangka meneruskan aliran menurunnya ke arah paras 1,600-1,612.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, TNB naik dua sen kepada RM14.22, Maybank menokok sembilan sen kepada RM7.75, Public Bank turun 10 sen kepada RM19.56 dan Petronas Chemicals menokok 10 sen kepada RM6.93.

Dalam kalangan kaunter cergas, APFT meningkat satu sen kepada tujuh sen, Hibiscus Petroleum turun 1.5 sen kepada 26 sen, manakala Airasia X dan RGB susut satu sen setiap satu masing-masing kepada 38.5 sen dan 26 sen.

Di papan skor, Indeks FBM Emas turun 19.15 mata kepada 11,459.81, Indeks FBMT100 susut 18.87 mata kepada 11,170.87 dan Indeks FBM Emas Syariah jatuh 13 mata kepada 12,098.97.

FBM 70 turun 69.48 mata kepada 13,322.5, tetapi FBM Ace naik 3.26 mata kepada 4,984.41.

Mengikut sektor, Indeks Perusahaan meningkat 1.08 mata kepada 3,073.73, Indeks Kewangan turun 24.68 mata kepada 14,138.66 dan Indeks Perladanga­n susut 4.12 mata kepada 7,794.34.

Jumlah dagangan Pasaran Utama menguncup kepada 949.28 juta unit bernilai RM1.38 bilion daripada 1.37 bilion unit bernilai RM1.98 bilion pada Rabu.

Jumlah dagangan Pasaran ACE turun kepada 204.91 juta saham bernilai RM30.07 juta daripada 224.11 juta saham bernilai RM39.49 juta kelmarin. Waran susut kepada 231.8 juta unit bernilai RM49.79 juta daripada 236.43 juta unit bernilai RM47.99 juta.

Barangan pengguna menyumbang 40.52 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan (154.87 juta), pembinaan (56.59 juta), perdaganga­n dan perkhidmat­an (383.51 juta), teknologi (37.1 juta), prasarana (7.88 juta), SPAC (137.46 juta), kewangan (45.78 juta), hotel (142,000) hartanah (38.53 juta), perladanga­n (23.36 juta), perlombong­an (6,000), REITS (23.46 juta), dan dana tertutup (10,000).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia