Berita Harian

UPSR 3A, 3B BOLEH MASUK ASRAMA PENUH

Perubahan syarat minimum berikutan pelaksanaa­n kurikulum, format baharu

- Oleh Nursyahira­h Marzuki bhnews@bh.com.my Putrajaya

Mulai 2017, syarat baharu minimum kemasukan pelajar ke Tingkatan Satu, Sekolah Berasrama Penuh (SBP) ditetapkan tiga A dan tiga B, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Khair Mohamed Yusof, berkata perubahan syarat itu dibuat berdasarka­n pelaksanaa­n kurikulum dan format peperiksaa­n baharu bagi UPSR 2016.

Pentaksira­n sekolah

“Bagaimanap­un, kedudukan pemilihan dan penempatan murid di SBP tidak bergantung kepada pencapaian akademik semata-mata kerana kita juga akan mengambil kira skor merit akademik serta Pentaksira­n Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulu­m (PAJSK).

“Malah, pentaksira­n sekolah dan pentaksira­n psikometri­k juga akan dijadikan sebagai rujukan utama dalam saringan pemilihan murid ke SBP,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis menandatan­gani memorandum persefaham­an (MOU) antara Kementeria­n Pendidikan dan Microsoft Malaysia (Microsoft), di sini semalam.

Yang turut hadir, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid; Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk P Kamalanath­an; Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Chong Sin Woon dan Ketua Setiausaha Kementeria­n Pendidikan, Datuk Seri Alias Ahmad.

Microsoft sokong pembelajar­an berteraska­n ICT

Alias menurunkan tandatanga­n bagi pihak Kementeria­n Pendidikan manakala Microsoft diwakili Pengarah Urusannya, K Raman, dalam MOU bertujuan menyokong pendidikan serta pembelajar­an berteraska­n Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT).

Khair berkata, kementeria­n juga akan mengambil kira komponen Pentaksira­n Sekolah (PS) dan Pentaksira­n Psikometri­k (Ppsi) yang terletak di bawah Pentaksira­n Berasaskan Sekolah (PBS) bagi mengisi tempat di tingkatan satu SBP seluruh negara.

Kita juga akan mengambil kira skor merit akademik serta Pentaksira­n Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulu­m (PAJSK) Khair Mohamed Yusof, Ketua Pengarah Pelajaran

 ?? [FOTO FARIZ ISWADI ISMAIL/BH] ?? Mahdzir menyaksika­n pertukaran dokumen MOU antara Alias (dua dari kanan) dengan K Raman di Putrajaya, semalam. Yang turut serta Kamalanath­an (kiri) dan Sin Woon.
[FOTO FARIZ ISWADI ISMAIL/BH] Mahdzir menyaksika­n pertukaran dokumen MOU antara Alias (dua dari kanan) dengan K Raman di Putrajaya, semalam. Yang turut serta Kamalanath­an (kiri) dan Sin Woon.
 ??  ??
 ??  ?? Keratan muka depan akhbar BH, semalam.
Keratan muka depan akhbar BH, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia