Berita Harian

MPV BAHARU PROTON

PROTON akan melancarka­n MPV baharu minggu depan, yang juga model baharu keempat bagi 2016 selepas Perdana pada Jun lalu, Persona (Ogos) dan Saga (September). MPV tujuh empat duduk itu yang dijana enjin petrol 1.4 liter dengan VVT, juga dikatakan bakal mun

- Oleh Mutazar Abd Ghani

Pengeluar kereta nasional lancar PROTON Ertiga 1.4 cc minggu depan

PROTON Holdings Bhd akan melancarka­n model baharu keempat untuk tahun ini, yang juga kenderaan pelbagai guna (MPV) kedua selepas Proton Exora pada minggu depan.

MPV tujuh empat duduk yang dipercayai menggunaka­n nama Proton Ertiga adalah model sulung pengeluar kereta nasional itu hasil kerjasama strategik yang dijalin dengan Suzuki pada tahun lalu.

Ia yang dibangunka­n berasaskan model Suzuki Ertiga, dijana oleh enjin petrol 1.4 Liter dengan VVT dan dikatakan bakal muncul kenderaan pertama keluaran PROTON mendapat pengiktira­fan kenderaan cekap tenaga (EEV).

Ditawar dua varian

Proton Ertiga dijangka ditawarkan dalam dua varian iaitu transmisi automatik empat kelajuan dan transmisi manual lima kelajuan.

Secara keseluruha­nnya, tiada perbezaan dari segi spesifikas­i enjin mahupun reka bentuk luaran serta kemasan dalaman kerana MPV itu kerana ia ada ciri yang sama dengan Suzuki Ertiga dijual di Indonesia.

Jika ada pun perbezaan, MPV keluaran secara usaha sama PROTON dan Suzuki itu ialah terdapat logo pengeluar kereta nasional pada gril bahagian depan dan hiasan krom bahagian belakang, selain dilengkapi lampu reflektor di bahagian tengah bamper belakang.

Dari aspek keselamata­n, MPV baharu itu antara lain dipasang dua beg udara di bahagian hadapan, sistem brek ABS + EBD dan stereng kuasa elektronik.

Kehadiran MPV segmen B itu dijangka bakal memberi saingan kepada kenderaan sekelasnya, termasuk Perodua Alza dan Toyota Avanza.

Sepanjang tahun ini, PROTON sudah melancarka­n tiga model baharu iaitu Perdana pada Jun lalu, Persona (Ogos) dan Saga (September).

Pelancaran model baharu berkenaan adalah sebahagian daripada program pemulihan PROTON selepas kerajaan meluluskan pinjaman mudah berjumlah RM1.5 bilion kepada syarikat automotif negara itu pada April tahun ini.

MPV baharu PROTON itu dijangka dijual pada harga sekitar RM60,000 hingga RM65,000.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Suzuki Ertiga yang mempunyai ciri sama dengan Proton Ertiga yang akan dilancarka­n minggu depan.
Suzuki Ertiga yang mempunyai ciri sama dengan Proton Ertiga yang akan dilancarka­n minggu depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia