Berita Harian

Along tidak serik

Pengalaman gagal dalam perkahwina­n jadi guru terbaik perbaiki segala kesilapan lalu

- Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed rajamawar@bh.com.my

Enggan lagi mengenang sejarah hitam yang pernah terpalit dalam hidupnya, pelakon dan pelawak, Along Cham, 33, kini bahagia melayari kehidupan bersama anak tunggalnya, Ahmad Danial, 5, di Johor Bahru.

Sudah dapat menyesuaik­an diri dengan kehidupan baharu selepas bercerai dan kembali ke kampung halaman, Along atau nama sebenarnya, Muhammad Nizamudin Ahmad menjadi penyampai radio di stesen Best FM sejak sebulan lalu.

Tanpa isteri di sisi, ia bukanlah masalah besar buatnya kerana Along sudah terbiasa menguruska­n Ahmad Danial sendirian.

Baginya, apa yang lebih utama adalah kebahagiaa­n anaknya. Demi Ahmad Danial, Along sanggup berkorban apa saja. Buat kali pertama, Along berkesempa­tan mengadakan sambutan hari jadi Ahmad Danial secara besar-besaran, baru-baru ini.

Ikuti bicara hati bersama Along yang pernah mencipta nama menerusi filem Adnan Sempit, Wawa Semput dan Taikun.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia