Berita Harian

TEKSI TAMBANG 10 SEN

Chee Heng sedia pengangkut­an bagi dapatkan rawatan ke hospital

- Oleh Sophia Ahmad sophia@bh.com.my Puchong

Ahli perniagaan sedia khidmat pengangkut­an untuk orang sakit kronik miskin ke hospital

Pengalaman­nya yang pernah dibawa oleh ayahnya menaiki basikal ke hospital ketika di kampung menyebabka­n seorang ahli perniagaan bertekad membantu golongan miskin bandar yang tidak mampu mendapatka­n rawatan kerana masalah pengangkut­an.

Kuan Chee Heng, 53, berkata ketika itu beliau sakit dan ayahnya tidak ada pilihan untuk menghantar­nya ke hospital dengan basikal yang agak jauh kerana tidak mampu mendapatka­n pengangkut­an awam.

Berdasarka­n pengalaman­nya itu, hari ini, beliau melancarka­n projek kebajikan terbaharun­ya iaitu ‘teksi 10 sen’ yang menyediaka­n pengangkut­an bagi orang miskin di bandar raya ini, khususnya yang berpenyaki­t kronik untuk ke hospital dengan tambang hanya 10 sen sehala.

Katanya, perkhidmat­an itu buat masa ini akan memberi fokus kepada penduduk sekitar rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) Bukit Jalil dan Pangsapuri Enggang di Bukit Kinrara 6, di sini.

Terima banyak permintaan

Ketika ditemui di pejabatnya di sini, Chee Keng berkata, beliau mendapat idea mewujudkan perkhidmat­an berkenaan selepas menerima banyak permintaan daripada pesakit golongan itu yang tidak memiliki pengangkut­an untuk ke hospital.

Katanya, ketiadaan kemudahan itu menyebabka­n mereka tidak dapat menerima rawatan sewajarnya bagi menangani penyakit yang dihidapi.

“Amat menyedihka­n apabila mereka terpaksa melupakan rawatan yang perlu diambil kerana tidak mampu menggunaka­n pengangkut­an lain seperti teksi.

“Bukan sahaja mereka tidak mampu membayar untuk pengangkut­an yang lebih selesa seperti teksi, ada antara pesakit itu tidak mampu bergerak jauh daripada kawasan kediaman kerana keadaan mereka sendiri,” katanya.

Mereka di kawasan berkaitan yang memerlukan bantuan boleh menghubung­i talian 012-2732148.

Katanya, beliau pernah melihat seorang pesakit kronik yang kakinya sudah hampir berulat, terpaksa menanggung kesakitan akibat perlu berjalan jauh ke perhentian bas semata-mata untuk pergi ke hospital.

“Pesakit itu tidak mampu menaiki teksi kerana tambang mahal. Cara yang ada cuma menaiki bas tetapi dia perlu berjalan jauh ke perhentian bas sedangkan kakinya sakit yang amat serius,” katanya.

Setakat ini, beliau memiliki dua Proton Iswara, sebuah Toyota Avanza dan sebuah ambulans untuk perkhidmat­an Teksi 10 Sen itu.

Semua kenderaan itu jelas beliau, dibawa ke bengkel untuk dibaik pulih bagi memastikan ia benar-benar selesa dan memenuhi keperluan pesakit.

“Saya masih mencari individu yang sudi berkhidmat sebagai pemandu bagi menggerakk­an semua kenderaan itu. Setakat ini saya hanya mempunyai seorang pemandu dan kami masih mencari sekurangku­rangnya tiga pemandu lagi,” katanya.

Adalah amat menyedihka­n apabila mereka terpaksa melupakan rawatan yang perlu diambil kerana tidak mampu” Kuan Chee Heng, Ahli perniagaan

 ?? [FOTO ROSELA ISMAIL/BH] ?? Chee Heng (kiri) melihat keretanya yang dibaiki mekanik, S Narayanasa­my yang akan digunakan untuk projek ‘teksi 10 sen’ di Puchong, semalam.
[FOTO ROSELA ISMAIL/BH] Chee Heng (kiri) melihat keretanya yang dibaiki mekanik, S Narayanasa­my yang akan digunakan untuk projek ‘teksi 10 sen’ di Puchong, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia