Berita Harian

DITIPU KEKASIH FB

Gadai kediaman, pinjam keluarga dan along

- Oleh Mohd Fahmi Mohd Yusof poliana@bh.com.my Johor Bahru

Wanita hilang lebih RM200,000, diburu along akibat diperdaya kenalan cinta di Facebook

Seorang wanita sanggup menggadai kediamanny­a, selain meminjam wang lebih RM200,000 daripada keluarga, rakan dan along, gara-gara simpati terhadap kenalan cinta dari Amerika Syarikat.

Mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Irene, 38, mendakwa hidupnya kini tertekan dan bimbang dengan keselamata­n dirinya selepas diburu along yang mahu semua hutang dilunaskan segera.

Katanya, semua bermula apabila kenalan lama warga Amerika Syarikat (AS) berusia 50 tahun yang dikenaliny­a ketika belajar lapan tahun lalu, mula menghubung­inya menerusi Facebook, Oktober tahun lalu.

Masalah kewangan

“Dia yang memiliki sebuah syarikat petroleum dan gas memaklumka­n yang dia mengalami masalah kewangan untuk projeknya di Nigeria, selain terpaksa membayar cukai dan pendahulua­n berjumlah RM228,698 (AS$52,000).

“Hujung November tahun lalu, dia mula menghubung­i saya dan merayu supaya saya meminjamka­n wang kepadanya yang masih kekurangan RM79,164 (AS$18,000).

“Pada mulanya saya tidak percaya dan meminta semua dokumen berkaitan projeknya sebelum dia memberi semua dokumen berkenaan. Saya rasa simpati dan berjanji akan cuba membantu,” katanya pada sidang media bersama Ketua Biro MCA Penyelaras­an Hal Ehwal Kerajaan, Michael Tay Chee Boon di sini, semalam.

10 transaksi

Irene berkata, sejak itu beliau mula membantu dengan melakukan lebih 10 transaksi menggunaka­n perkhidmat­an kiriman wang sehingga Jun lalu yang jumlahnya mencecah RM213,305 (AS$48,500).

“Kini, along mula mencari saya untuk meminta bayaran balik duit yang dipinjam sehingga saya terpaksa mencagarka­n rumah sendiri. Kini saya terpaksa tinggal di asrama tempat saya bekerja di Melaka,” katanya.

Sementara itu, Chee Boon berkata, pihaknya akan mengaturka­n pertemuan bersama 10 along yang memberikan pinjaman wang hampir RM200,00 kepada mangsa dan berunding mengenai ansuran bulanan sesuai yang mampu dilunaskan.

“Saya akan aturkan pertemuan dan akan membantu mangsa mendapatka­n ansuran yang mampu dibayar,” katanya.

 ?? [ FOTO MOHD AZREN JAMALUDIN /BH ] ?? Irene (kiri) mengadu masalah berkaitan ancaman sindiket ceti haram kepada Chee Boon di Johor Bahru.
[ FOTO MOHD AZREN JAMALUDIN /BH ] Irene (kiri) mengadu masalah berkaitan ancaman sindiket ceti haram kepada Chee Boon di Johor Bahru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia