Berita Harian

Abe lonjak diplomasi Jepun

- A Jalil Hamid Pengarang Urusan Kumpulan NSTP jalil@nstp.com.my

Sejak beberapa bulan kebelakang­an ini, pegawai diplomat Jepun mengharung­i jadual amat padat. Tokyo menerima kunjungan bersilih ganti, dengan sebahagian besarnya membabitka­n pemimpin Asia.

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, menjadi tuan rumah dan mengadakan perbincang­an dengan pemimpin dari Myanmar, Filipina, India, Singapura dan Malaysia sejak beberapa minggu lalu.

Abe juga tidak membuang masa dalam memulakan hubungan dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) yang dipilih, Donald Trump.

Muka depan akhbar Jepun menyiarkan berita pertemuan Abetrump di New York, semalam. Abe dilihat bersungguh mahu meneruskan pelaksanaa­n Perjanjian Kerjasama Trans-pasifik (TPPA) yang ditentang Trump sebelum ini.

Pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi, berada di sini awal bulan ini dan kembali ke tanah airnya dengan ikrar bantuan dari Jepun bernilai 800 bilion yen selama lima tahun bagi membantu usaha mewujudkan keamanan dan pembanguna­n di negara itu.

Kira-kira 40 bilion yen daripada bantuan yang dirancang kerajaan dan sektor swasta Jepun itu akan disalurkan bagi membantu etnik minoriti di Myanmar.

Menurut pegawai Jepun, baki bantuan akan digunakan untuk sektor seperti projek lapangan terbang dan elektrik.

Beberapa hari sebelum ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Tokyo, India dan Jepun menandatan­gani perjanjian kerjasama nuklear sempena lawatan Presiden India, Narendra Modi ke Tokyo.

Ia adalah perjanjian pertama ditandatan­gani Jepun bersama negara bukan penandatan­gan Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT).

Persetujua­n itu akan membantu kerjasama nuklear sivil India bersama AS. Walaupun berpangkal­an di AS, Westinghou­se adalah anak syarikat milik penuh firma Jepun, Toshiba.

Sebagai satu-satunya negara yang pernah menghadapi serangan nuklear, Jepun agak berwaspada dalam menandatan­gani perjanjian dengan India, sebuah negara bukan NPT.

Dalam artikel yang disiarkan akhbar Hindustan Times, kolumnis Pramit Pal Chaudhuri berkata, kebanyakan analisis berhubung keakraban hubungan India dan Jepun, mengandaik­an ia berkait rapat dengan kebimbanga­n bersama terhadap China.

“Sikap Beijing yang gemar bermusuhan banyak menyumbang terhadap kerjasama dua hala itu, namun agenda domestik adalah pengisian sebenar hubungan antara Perdana Menteri, Narendra Modi dan Shinzo Abe,” katanya dalam artikel itu.

Diplomat Jepun berkata, undangan Abe ke atas Najib dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, untuk melawat Tokyo lebih mencermink­an penekanan semasa Negara Matahari Terbit itu terhadap hubungan ekonomi serta perdaganga­n.

Menerusi pentadbira­n Abe, Jepun melaksanak­an dasar luar strategik dan diplomasi yang memberi penekanan terhadap empat dasar utama: mengukuhka­n sekutu Jepun-as meningkatk­an kerjasama dengan negara jiran

memantapka­n diplomasi ekonomi sebagai kaedah mempromosi pemulihan ekonomi Jepun

menyumbang terhadap isu global

Kerajaan Abe giat memperkuku­hkan hubungan ekonomi bagi membantu merancakka­n kembali ekonomi Jepun.

Dalam usaha menyumbang terhadap pelaksanaa­n strategi pertumbuha­n ekonomi negara itu apa yang dirujuk sebagai ‘panah ketiga Abenomics’ - Tokyo perlu mengambil kira pertumbuha­n negara lain, termasuk negara yang pesat berkembang.

Peningkata­n perbelanja­an bagi landasan kereta api dan infrastruk­tur lain di negara seperti Malaysia dan India, dilihat sebagai peluang keemasan bagi industri Jepun mengekspor­t teknologi serta menambah peluang pekerjaan domestik.

Lobi projek kereta api laju Kl-singapura

Dalam hal ini, Abe menggunaka­n hubungan baiknya dengan Najib dan Hsien Loong bagi melobi teknologi kereta api laju Shinkansen bagi projek kereta api laju (HSR) Kl-singapura.

Seperti disebut Najib, kerajaan dan sektor korporat Jepun amat bersungguh-sungguh dalam meyakinkan kerajaan kedua-dua negara untuk menerima Shinkansen sebagai pilihan utama.

Menurut pegawai diplomat Malaysia, perkara itu dibangkitk­an oleh pihak Jepun dalam setiap mesyuarat dihadiri Najib dan Abe di sini, selain peneraju perniagaan.

Tun Dr Mahathir Mohamad, yang memang diketahui minatnya terhadap pelbagai aspek berkaitan Jepun, memulakan asas hubungan ekonomi Malaysia-jepun menerusi Dasar Pandang Ke Timur.

Najib meluaskan dasar itu dengan menyertaka­n China selaku negara peneraju ekonomi global bagi memodenkan infrastruk­tur dan ekonomi Malaysia.

Seperti dikatakan Najib, keakraban dengan China tidak bermaksud mengetepik­an Jepun yang tetap dianggap sebagai kuasa ekonomi.

 ??  ??
 ??  ?? Keratan akhbar The Japan Times.
Keratan akhbar The Japan Times.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia