Berita Harian

Racun serangga UMP bolot tujuh emas

Universiti raih empat anugerah khas Pertanding­an Reka Cipta British

- Oleh Mohd Rafi Mamat bhnews@bh.com.my Kuantan

Universiti Malaysia Pahang (UMP) membawa pulang tujuh pingat emas dan empat anugerah khas pada Pertanding­an Reka Cipta British (BIS) yang diadakan baru-baru ini.

Pensyarah Fakulti Kejurutera­an Awam dan Sumber Alam UMP yang juga ketua projek pertanding­an, Abdul Syukor Abd Razak, berkata UMP turut menerima Anugerah Permata menerusi penyelidik­an sistem bersepadu mesra alam sisa domestik bagi olahan air sisa industri menggunaka­n tumbuhan (Phytogreen).

Sisa tandan sawit

Katanya, ciptaan dan inovasi mesra alam cecair pembunuh serangga dikenali sebagai ‘Pestkilla’ yang dihasilkan daripada pokok tuba (Derris elliptica) dan ‘Pisoptera’ racun anai-anai daripada sisa tandan sawit pula masing-masing meraih Anugerah Khas Platinum, sekali gus meletakkan UMP antara pasukan terbaik pada pertanding­an yang diadakan di Barbican Exhibition Centre, London, United Kingdom itu.

“Produk mesra alam dihasilkan daripada bahan terbuang dan tidak memberi kesan kepada manusia serta haiwan menjadi kelebihan untuk merangkul hadiah yang dipertandi­ngkan,” katanya.

“Pencapaian di London dianggap terbaik tahun ini dan usaha UMP menghasilk­an produk mesra alam lebih 10 tahun lalu berjaya mencetuska­n pelbagai kejayaan pada peringkat kebangsaan dan antarabang­sa,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Beliau berkata, sebelum ini, anak syarikat universiti itu, UMP Eco Pest Sdn Bhd, memenangi dua pingat emas serta meraih anugerah khas juri pada Pertanding­an Rekacipta Antarabang­sa Warsaw (IWIS) 2016 di Poland membabitka­n projek ‘Pestkilla’ dan ‘Pisoptera’ yang sama.

 ?? [FOTO MOHD RAFI MAMAT/BH] ?? Abdul Syukor (tengah) bersama pelajar UMP menunjukka­n inovasi cecair pembunuh serangga dan pingat yang diperoleh pada Pertanding­an Rekacipta British (BIS) London, di Kuantan, semalam.
[FOTO MOHD RAFI MAMAT/BH] Abdul Syukor (tengah) bersama pelajar UMP menunjukka­n inovasi cecair pembunuh serangga dan pingat yang diperoleh pada Pertanding­an Rekacipta British (BIS) London, di Kuantan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia