Berita Harian

Akhbar sisipan Didik BH bantu murid dapat 6A

Ambil masa sehingga lima jam sehari buat latihan karangan

- Oleh Baharom Bakar

Sisipan Didik yang diterbitka­n BH setiap Isnin, membantu dua murid Sekolah Kebangsaan (SK) Maras, Batu Rakit, di sini, memperoleh keputusan 6A Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016.

Athirah Izzati Aziz dan Muhammad Shahrizat Ahmad Termizi, dari Kampung Maras, di sini, mengakui menghabisk­an masa antara tiga hingga lima jam sehari membuat latihan karangan terutama membabitka­n subjek Bahasa Inggeris menggunaka­n sisipan Didik.

Athirah Izzati berkata, guru subjek Bahasa Inggeris turut menyaranka­n semua pelajar Tahun Enam supaya mendapatka­n sisipan Didik sebagai rujukan untuk memahirkan diri menulis karangan yang mula diperkenal­kan tahun lalu.

“Selain mendapatka­n sisipan Didik BH yang dibekalkan pihak sekolah, kami juga membeli akhbar BH terutama ketika musim cuti persekolah­an,” katanya ketika ditemui di kediamanny­a pada program menjejak murid cemerlang UPSR peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit, di sini, semalam.

Program jejak murid

Pada program menjejak murid cemerlang UPSR peringkat DUN Batu Rakit, Timbalan Pengerusi Jawatankua­sa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Tranformas­i Kerajaan negeri, Bazlan Abd Rahman bersama guru serta Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (J3K) mengunjung­i pelajar dari tiga sekolah di DUN itu yang memperoleh keputusan 6A UPSR.

Pada keputusan peperiksaa­n UPSR yang diumumkan semalam, dua murid masing-masing dari SK Darat Batu Rakit, SK Maras (dua) dan seorang pelajar dari SK Batu Rakit memperoleh keputusan 6A.

Muhammad Shahrizat berkata, membuat latihan karangan membabitka­n mata pelajaran Bahasa Inggeris diberi penekanan utama oleh guru besar dan semua tenaga pengajar SK Maras.

“Karangan dalam Bahasa Inggeris adalah mata pelajaran paling mencabar buat saya dan rakan sebaya, tetapi jika dilakukan setiap hari subjek berkenaan lebih mudah jika dibandingk­an dengan mata pelajaran lain termasuk soalan objektif,” katanya.

 ?? [FOTO MOHD SYAFIQ RIDZUAN AMBAK/BH] ?? Bazlan (dua dari kiri) bertanyaka­n sesuatu kepada Muhammad Shahrizat (tengah) di Kampung Maras, Batu Rakit.
[FOTO MOHD SYAFIQ RIDZUAN AMBAK/BH] Bazlan (dua dari kiri) bertanyaka­n sesuatu kepada Muhammad Shahrizat (tengah) di Kampung Maras, Batu Rakit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia