Berita Harian

Format baharu UPSR didedah sejak 2011

-

Kuala Lumpur: Semua murid yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini, didedahkan dengan semua aspek mengenai format baharu peperiksaa­n itu sejak tahun 2011.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata kohort pertama Pentaksira­n Berasaskan Sekolah (PBS) yang diguna pakai dalam UPSR tahun ini dilaksanak­an berpanduka­n kepada format baharu, selaras dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

Beliau berkata, semua soalan yang disediakan juga adalah dalam format itu yang turut selaras dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Dibentang pada 2010

“Cadangan perubahan format UPSR dibentangk­an pada tahun 2010 dan ia membabitka­n perbincang­an dengan semua pihak termasuk kesatuan guru, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” katanya dalam kenyataan di laman Facebook beliau, kelmarin.

Di Pengarah Lembaga Peperiksaa­n Malaysia (LPM), Datin Nawal Salleh, berkata ibu bapa yang tidak berpuas hati dengan keputusan anak mereka boleh membuat rayuan untuk semakan semula kertas peperiksaa­n dalam tempoh sebulan bermula semalam.

Katanya, setakat ini pihaknya menerima 20 permohonan rayuan dan dijangka bertambah.

Putrajaya,

Nawal berkata, bayaran RM50 dikenakan bagi setiap mata pelajaran ingin disemak.

Katanya, permohonan boleh dibuat melalui sekolah atau memuat turun borang rayuan menerusi laman sesawang Lembaga Peperiksaa­n Malaysia (lp.moe.gov.my) dan dipos semula kepada pihak kami,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia