Berita Harian

7,000 polis pastikan ketenteram­an ibu negara

-

Kuala Lumpur: Seramai 7,000 pegawai serta anggota polis ditugaskan mengawal perhimpuna­n haram Bersih dan Gerakan Baju Merah yang berlangsun­g hari ini.

Mengesahka­n perkara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rasyid Ibrahim, berkata polis mempunyai anggota mencukupi bagi menjaga keamanan dan ketenteram­an rakyat sepanjang perhimpuna­n itu berlangsun­g.

“Polis akan bertindak mengikut lunas undang-undang yang diperuntuk­kan, termasuk menangkap sesiapa sahaja yang sengaja mahu menimbulka­n ketegangan.

“Polis akan melaksanak­an undang-undang berteraska­n Seksyen 3(3) Akta Polis yang memperuntu­kkan polis bertanggun­gjawab menjaga ketenteram­an dan keselamata­n negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurn­akan Majlis Prebiu dan Pelancaran Tajuk Buku Coffee Table Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini, semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi Multi Mobile Sdn Bhd, Hamzah Musa.

Noor Rasyid berkata, polis akan terus membuat penilaian terhadap situasi perhimpuna­n itu bagi memastikan tindakan yang diambil, dilakukan sewajarnya.

Pada sidang media berasingan, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, berkata 58 jalan membabitka­n tujuh kawasan utama di sekitar ibu negara dilencongk­an mulai jam 7 pagi hari ini.

Patuh arahan

Amar berkata, orang ramai yang merancang ke ibu negara dinasihatk­an supaya tidak melalui laluan yang ditutup bagi mengelak sebarang kesukaran akibat kesesakan trafik.

“Kita berharap orang ramai mematuhi arahan lalu lintas dan menggunaka­n laluan alternatif serta pengangkut­an awam untuk ke pusat bandar.

“Polis juga memberi amaran mengambil tindakan terhadap manamana pihak yang cuba menimbulka­n kekecohan,” katanya.

 ?? [FOTO AIZUDDIN SAAD/BH] ?? Polis mula menutup jalan untuk menghalang orang awam dan kenderaan masuk ke kawasan Dataran Merdeka, semalam.
[FOTO AIZUDDIN SAAD/BH] Polis mula menutup jalan untuk menghalang orang awam dan kenderaan masuk ke kawasan Dataran Merdeka, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia