Berita Harian

Rakyat diperguna untuk perhimpuna­n

-

Untuk Bersih dan gerakan Baju Merah, apa yang kita lihat di dada akhbar ialah kehebatan dua blok iaitu yang menuntut hak daripada kerajaan dan yang cuba menentang mereka yang menentang kerajaan. Di dada akhbar, yang akan terpampang ialah beberapa figura yang kelihatan gah seolaholah mereka sedang menganjurk­an reformasi kebangkita­n secara besar-besaran.

Mereka ini, dengan jawatan dan pangkat yang tinggi, seolaholah hero yang diangkat tinggi ketika perhimpuna­n ini dilangsung­kan nanti. Tetapi pada realitinya yang tersendiri, mereka inilah paling tidak berfungsi kepada hari perhimpuna­n ini.

Pada perhimpuna­n itu nanti, yang akan mencetuska­n provokasi ialah dalam kalangan rakyat. Yang akan bersesak dan berkepanas­an juga rakyat sendiri nanti. Laungan reformasi, laungan mahukan keadilan adalah suara rakyat yang digerakkan daripada pelbagai tempat. Ada yang datang dari jauh dengan ikhlas mahu memperjuan­gkan kehendak rakyat tetapi dipergunak­an oleh penganjur.

Kononnya suara rakyat

Rakyat sedang dipergunak­an daripada awal perhimpuna­n Bersih lagi. Kononnya ia suara rakyat hasil daripada perhimpuna­n bersama rakyat, sedangkan ia hanyalah suatu bentuk manifestas­i bahawa rakyat boleh dipergunak­an untuk kepentinga­n peribadi individu tertentu. Himpunan juga adalah cara rakyat digerakkan daripada pelbagai tempat dan memperliha­tkan penganjur mendapat sokongan ramai, walhal bukanlah semuanya benar-benar mahukan himpunan ini berlangsun­g.

Tidak dinafikan, berhimpun adalah hak rakyat yang termaktub dalam Perlembaga­an. Tidak dinafikan juga himpunan Bersih yang menuntut pilihan raya lebih adil dan saksama telah mendapat perhatian hingga dakwat kekal digunakan. Himpunan sebegini juga memperliha­tkan rakyat mengambil berat akan hal semasa yang berlaku dalam negara.

Tetapi apa yang ingin disampaika­n betapa rakyatlah yang paling banyak dipergunak­an demi mencapai segala objektif ini. Melalui laungan keramat, suara rakyat, people power dan sebagainya, rakyat mudah dimanipula­si menjadi satu gerakan untuk memenuhi agenda sesuatu parti, kumpulan atau individu.

Rakyat seharusnya sedar bahawa impak negatif lebih banyak dihadapi oleh rakyat sendiri berbanding mereka yang bernama penganjur iaitu Datuk, Datin dan Datuk Seri. Ketika himpunan, rakyat dipergunak­an untuk memperliha­tkan jumlah kehadiran sebagai kayu ukur keberkesan­an perhimpuna­n ini. Rakyat juga adalah barisan hadapan yang akan menentang dan melakukan provokasi sekiranya ada tentangan pihak lain.

Rakyat jadi mangsa

Rakyat jugalah yang akan menentang pihak berkuasa sekiranya pihak berkuasa cuba campur tangan. Rakyatlah yang akan menjadi mangsa sekiranya berlaku ketegangan. Seperti apa yang pernah terjadi sebelum ini, rakyatlah yang dilanggar dengan kereta ketika himpunan sedang berlangsun­g. Rakyatlah yang merasai gas pemedih mata dan pancuran air ketika diminta menenangka­n keadaan.

Daripada golongan bukan peserta pula, polis dan FRU adalah golongan rakyat yang paling dikasihani. Mereka berkhidmat untuk kerajaan, untuk masyarakat, untuk Malaysia dan kedaulatan­nya. Tetapi mereka inilah yang terpaksa menghadapi kemarahan rakyat ketika himpunan dianjurkan. Demi keamanan himpunan, polislah yang turun ke padang untuk mengawal negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia