Berita Harian

Tak mustahil Malaysia capai sasaran Tahap 1

-

Sejak saya terbabit dalam aktiviti tahunan Institut Akhbar Malaysia (MPI) dengan kerjasama Kedutaan Amerika Syarikat (AS) mengendali­kan bengkel undang-undang anti pemerdagan­gan orang dan anti penyeludup­an migran beberapa tahun lalu, saya dapat rasakan betapa sukarnya negara kita menaiki tangga (dari tahap paling bawah ke tahap paling atas) membantera­s jenayah merentasi sempadan ini seperti dilaporkan setiap tahun oleh Jabatan Negara AS.

Baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ada berkata: “Malaysia berada di Tahap Dua selama dua tahun berturut-turut dan kita berazam akan berada di Tahap Satu pada tahun 2020”.

Persoalann­ya, apakah cita-cita kita itu akan kesampaian? Apakah rintangan besar yang menyukarka­n kita mencapainy­a? Pengalaman silam kita menunjukka­n disebabkan rasa takut atau trauma yang mereka alami, tidak ramai mangsa pemerdagan­gan orang ini bersedia menjadi saksi bagi pihak pendakwaan. Tanpa keterangan saksi yang boleh meyakinkan mahkamah mengenai kesalahan tertuduh, mustahil bagi pasukan pendakwaan mendapatka­n sabitan.

Lazimnya, jika pasukan pendakwaan belum yakin sesuatu kes itu akan berakhir dengan sabitan, pendakwaan kes itu tidak akan dimulakan di mahkamah.

Kenyataan terbaharu Zahid di London baru-baru ini mengingatk­an saya kepada pelancaran Pelan Tindakan Kebangsaan Anti Pemerdagan­gan Orang (2016-2020) oleh kerajaan pada Ogos lalu. Pelan terbaru itu, adalah kesinambun­gan pelan sedia ada (bagi 2010-2015), menggarisk­an lima prinsip utama sebagai panduan, iaitu tanggungja­wab kerajaan, penyertaan masyarakat sivil, layanan terhadap mangsa, penyelaras­an tugas pelbagai agensi yang terbabit, dan penilaian sistematik serta ketahanan.

Kata mereka di bawah undangunda­ng kita, mangsa ditempatka­n di pusat tahanan (bukan rumah perlindung­an), tidak dibenarkan bergerak bebas seperti orang lain, dan tidak dibenarkan mencari pekerjaan untuk menyara kehidupan mereka sendiri. Akibat pindaan terbaru pada tahun lalu itu, mangsa kini dibenarkan bergerak bebas dan mencari pekerjaan. Di bawah seksyen 51A (satu peruntukan baharu) seorang mangsa dibenarkan bergerak bebas dan mencari pekerjaan dengan syarat satu perintah perlindung­an dikeluarka­n ke atasnya.

Sekiranya prosiding tidak berakhir dengan sabitan, mahkamah masih ada kuasa di bawah seksyen 66B memerintah­kan tertuduh membayar gaji yang belum (tidak) dibayar kepada mangsa.

Jumlah tangkapan rendah

Jika kita sempat meneliti kandungan Laporan TIP (Traffickin­g in Persons) tahunan Jabatan Negara AS itu, kita dapati antara sebab utama negara kita sukar menaiki tangga dari kedudukan kita sekarang ke tahap yang terbaik (iaitu Tahap 1) adalah kerana pencapaian kita memberkas dan menangkap ahli sindiket pemerdagan­gan dan penyeludup­an masih rendah, selain pencapaian kita menjalanka­n pendakwaan dan mendapatka­n sabitan setimpal belum lagi boleh dibanggaka­n.

Misalnya dalam Laporan TIP 2015, Jabatan Negara AS menyatakan walaupun kita sudah meningkatk­an jumlah siasatan dan pendakwaan (sepanjang tahun dalam kajian), hasilnya tiga sabitan sahaja, iaitu satu angka yang amat rendah sekali berbanding masalah berskala besar yang kita hadapi.

Dalam Laporan TIP 2016, Jabatan Negara AS menyatakan siasatan dan pendakwaan yang Malaysia lakukan adalah lebih kecil dari tahun sebelumnya, tetapi berjaya meningkatk­an jumlah sabitan (dari tiga kepada tujuh sabitan). Hukuman yang dikenakan berbeza-beza, tetapi dalam beberapa kes jelas tidak setimpal dengan kesalahan.

Sekiranya kita lihat kembali situasi lampau, Laporan TIP 2014 meletakkan negara kita di Tahap 3 (kedudukan paling teruk), sama seperti kedudukan kita pada 2001, 2007 dan 2009. Kita ditempatka­n di Tahap 2 Watch List pada 2006 dan 2008, sama seperti kedudukan kita baru-baru ini (tahun 2015 dan

2016). Ada pihak secara sinis mendakwa kita ‘dinaikkan pangkat’ dari Tahap 3 pada 2014 kepada Tahap 2 Watch List pada 2015 untuk membolehka­n negara ini menyertai Perjanjian Perkongsia­n Trans-pasifik (TPPA) yang diperjuang­kan Presiden Barack Obama.

Secara peribadi saya tidak setuju sepenuhnya dengan kriteria dan sistem penilaian digunakan Jabatan Negara AS yang mengukur prestasi 188 negara dalam Laporan TIP tahunan mereka. Penilaian mereka itu diasaskan kepada prinsip 3P dan 3R, iaitu Pendakwaan, Perlindung­an, Pencegahan dan Selamatkan, Pulihara dan Sepadukan semula.

Prinsip 3P itu ditujukan kepada pihak berkuasa serta agensi awam, manakala 3R itu ditujukan kepada keperluan dan kebajikan mangsa pemerdagan­gan dan penyeludup­an.

Beberapa negara dan organisasi turut mendakwa sistem penilaian digunakan Jabatan Negara AS menyediaka­n Laporan TIP tahunan mereka itu adalah cacat. Ada juga yang menyatakan kriteria digunakan untuk menempatka­n sesuatu negara pada setiap satu tahap itu sukar dikira dan dikenal pasti dan ada juga pihak menyatakan perbezaan budaya gagal diambil kira, akibatnya satu gambaran tidak betul dipaparkan dalam Laporan TIP.

Sementara kita mungkin mempertika­i kesempurna­an sistem penilaian Jabatan Negara AS dalam menyediaka­n Laporan TIP tahunan mereka itu, hakikatnya kita perlu terus komited membantera­s jenayah merentas sempadan bernilai lebih dari AS$45 bilion setahun ini. Setiap 30 saat, seorang individu dikatakan menjadi mangsa pemerdagan­gan orang.

Bagi Malaysia, sasaran menduduki Tahap 1 dalam masa terdekat adalah sukar, tetapi ia bukan sesuatu yang mustahil dicapai.

Persoalann­ya, apakah cita-cita kita itu akan kesampaian? Apakah rintangan besar yang menyukarka­n kita mencapainy­a?”

Beberapa negara dan organisasi turut mendakwa sistem penilaian digunakan Jabatan Negara AS menyediaka­n Laporan TIP tahunan mereka itu adalah cacat”

Bagi Malaysia, sasaran menduduki Tahap 1 dalam masa terdekat adalah sukar, tetapi ia bukan sesuatu yang mustahil dicapai”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia