Berita Harian

2,000 kampit beras percuma habis diagih tak sampai 2 jam

-

Sungai Petani: Inisiatif seorang pesara kerajaan mengagihka­n 2,000 kampit beras seberat 10 tan secara percuma semalam, mendapat sambutan apabila stok itu habis dalam tempoh kurang dua jam.

Orang ramai mula berhimpun di perkaranga­n rumah Abd Ghani Haron, 60, di Kampung Masjid di Tikam Batu, di sini, seawal jam 6 pagi lagi, sebelum beras dalam bungkusan lima kilogram (kg) setiap satu itu mula diagihkan pada jam 6.15 pagi.

Sebanyak 1,500 kampit beras diagihkan di rumah Abd Ghani yang juga bekas Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Muda itu, manakala selebihnya di Masjid Matang Tengah, dekat Kota Kuala Muda, di sini, yang sebelum ini terjejas akibat banjir.

Agihan kali ketujuh

Abd Ghani ketika ditemui berkata, pengagihan beras percuma ini adalah kali ketujuh dilakukann­ya melalui Projek Sedekah Jariah yang digerakkan­nya, hasil sumbangan bersama rakan Facebook khusus untuk membantu golongan yang memerlukan.

“Seawal jam 6.15 pagi lagi orang datang memenuhi pekarangan rumah saya, namun tidak sampai dua jam beras sudah habis diagihkan, ada tidak sempat menerima sumbangan itu dan cukup menyedihka­n kerana terpaksa pulang tangan kosong,” katanya.

Dalam pada itu, Abd Ghani berkata pihaknya bercadang menyumbang­kan 500 botol minyak masak dua kilogram kepada golongan wanita dalam satu lagi program sama yang akan dianjurkan di rumahnya Jumaat depan.

 ?? [FOTO NOR FARHANI CHE AD/BH] ?? Abd Ghani menyerahka­n beras percuma kepada orang ramai di pekarangan rumahnya di Kampung Masjid, Tikam Batu, semalam.
[FOTO NOR FARHANI CHE AD/BH] Abd Ghani menyerahka­n beras percuma kepada orang ramai di pekarangan rumahnya di Kampung Masjid, Tikam Batu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia