Berita Harian

Tiga beranak terima ijazah Konvokesye­n Ke-11 UMP

Ikuti pengajian di bawah pendidikan UMP Advanced

-

Tiga beranak bakal menerima ijazah pada konvokesye­n Universiti Malaysia Pahang (UMP) pada sesi kali ini.

Mereka ialah Kapten (B) Umor Arbain Dollah, 59, isterinya Kapten (B) Fadzilah Abdullah, 53, serta anak mereka Zhafir Arbain, 25, yang menerima ijazah Sarjana Eksekutif Pengurusan Projek Integrasi Pembinaan di bawah Pendidikan Lanjutan UMP (UMP Advanced).

Mereka antara 2,465 graduan UMP yang menerima ijazah dan diploma pada sidang konvokesye­n ke-11, mulai hari ini hingga Isnin ini.

Naib Canselor UMP, Prof Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim, berkata tiga beranak berkenaan dijadual menerima ijazah mereka pada hari kedua konvokesye­n iaitu pada Ahad.

Yang turut menerima ijazah, Anggota Parlimen Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad.

Peluang golongan bekerja

UMP Advanced adalah program pembelajar­an sepanjang hayat yang memberi peluang kepada golongan bekerja untuk melanjutka­n pengajian mereka.

Sementara itu, Daing Nasir berkata, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua), Datuk Aminar Rashid Salleh bakal dianugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Kejurutera­an Automatif ).

 ?? [FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR/BH] ?? Umor Arbain (lima dari kiri), Fadzilah dan Zhafir Arbain bersama ahli keluarga pada sidang media Majlis Konvokesye­n Ke-11 UMP di Kampus Gambang, Kuantan, semalam.
[FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR/BH] Umor Arbain (lima dari kiri), Fadzilah dan Zhafir Arbain bersama ahli keluarga pada sidang media Majlis Konvokesye­n Ke-11 UMP di Kampus Gambang, Kuantan, semalam.
 ??  ?? Daing Nasir (tengah) berbual dengan graduan orang kurang upaya, Siti Hawa Apandi sambil diperhatik­an penerima anugerah khas lain.
Daing Nasir (tengah) berbual dengan graduan orang kurang upaya, Siti Hawa Apandi sambil diperhatik­an penerima anugerah khas lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia