Berita Harian

UMP Advanced tingkat taraf pendidikan

Kerjasama strategik bolehkan pelajar ikuti PSH di seluruh negara

-

Universiti Malaysia Pahang (UMP) melalui UMP Advanced Education (UMP Advanced) menjadi pemangkin usaha menyediaka­n laluan pendidikan Pembelajar­an Sepanjang Hayat (PSH) menerusi peluang peningkata­n taraf pendidikan dan peningkata­n sosioekono­mi kepada masyarakat serta industri setempat.

Ia selaras agenda PSH dan Program Pendidikan dan Latihan Teknikal & Vokasional (TVET) seperti digariskan dalam Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM - Pendidikan Tinggi) 2015 - 2025 dan Pelan Induk Pembudayaa­n PSH Peringkat Nasional 2011-2020.

Seiring dengan perkembang­an semasa, UMP Advanced berjaya melahirkan hampir 2,210 graduan dalam program PSH terdiri daripada industri automotif, minyak dan gas, pembuatan, pembinaan, bioekonomi dan perladanga­n.

Jalin kerjasama strategik

Bagi memperluas­kan akses peluang pendidikan kepada kumpulan sasar, UMP Advanced menjalinka­n kerjasama strategik dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan badan profesiona­l di seluruh negara yang membolehka­n pelajar mengikuti PSH ditawarkan rakan strategik di seluruh negara tanpa ke kampus UMP.

Ia juga dapat mempercepa­tkan peningkata­n dan melahirkan lebih ramai graduan PSH seterusnya membantu kerajaan meningkatk­an taraf pendidikan rakyat.

Tingkat kemahiran

Kesimpulan­nya, UMP Advanced memainkan peranan menawarkan program berbentuk TVET melalui PSH, mewujudkan laluan alternatif, meningkatk­an kemahiran untuk memenuhi pasaran, melahirkan individu dan profesiona­l kompeten serta memberi peluang warga kerja melanjutka­n pengajian, menyediaka­n latihan meningkatk­an kemahiran dan mewujudkan rangkaian strategik untuk pengukuhan aktiviti sosio ekonomi.

Sinergi antara UMP Advanced dengan rakan strategik turut menyokong Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dalam memartabat­kan program PSH bagi meningkatk­an kemahiran sama untuk memenuhi pasaran buruh negara dan ia mendokong konsep pendidikan fleksibel diketengah­kan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.

Golongan disasarkan hanya perlu mengambil peluang yang ditawarkan UMP Advanced bagi melanjutka­n pengajian dan mendapat pengiktira­fan daripada UMP untuk berdepan persekitar­an global yang mencabar.

 ??  ?? UMP sasarkan mereka yang bekerja dan ingin sambung pelajaran bagi tingkatkan kelayakan akademik.
UMP sasarkan mereka yang bekerja dan ingin sambung pelajaran bagi tingkatkan kelayakan akademik.
 ??  ?? Pejabat UMP Advanced di Universiti Malaysia Pahang, Gambang.
Pejabat UMP Advanced di Universiti Malaysia Pahang, Gambang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia