Berita Harian

NSTP raih dua anugerah CIDB

Wartawan, jurugambar menang wang tunai

- Oleh Mohd Zulkifli Zainuddin mohd.zulkifli@bh.com.my Kuala Lumpur

Wartawan BH, Wan Nor Hayati Wan Noor Alias merangkul tempat kedua kategori media cetak Anugerah Penghargaa­n Media CIDB sempena Malam Media Kementeria­n Kerja Raya (KKR) 2016, di sini, malam ini.

Wartawan kumpulan akhbar The New Straits Times (M) Bhd (NSTP) itu membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 menerusi artikel bertajuk; ‘Buruh Asing kendali kren guna sijil palsu’.

Jurugambar kumpulan NSTP, Mohd Sairien Mohamed Nafis pula memenangi hadiah utama kategori fotografi sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 menerusi gambar bertajuk; ‘Puncak Kubah Masjid Biru’.

Mereka turut menerima sijil penghargaa­n dan hadiah disampaika­n oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Yang turut hadir, Timbalan Menterinya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin; Ketua Eksekutif CIDB, Datuk Ir Ahmad 'Asri Abdul Hamid, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Ir Ismail Md Salleh dan Pengarang Kumpulan BH, Datuk Mahfar Ali.

Anugerah dianjur CIDB

Anugerah yang dianjurkan Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan (CIDB) menawarkan tiga kategori dipertandi­ngkan, iaitu Anugerah Media Cetak (Berita dan Rencana); Media Elektronik dan Penyiaran Atas Talian (Berita dan Rencana) serta Fotografi.

Pemenang tempat pertama bagi setiap kategori menerima hadiah wang tunai RM5,000, manakala tempat kedua dan ketiga, masingmasi­ng akan menerima RM3,000 dan RM2,000 berserta sijil penghargaa­n dan trofi.

Sementara itu, Ahmad 'Asri berkata, liputan media adalah satu platform advokasi yang penting bagi menyelesai­kan isu semasa bagi memperting­katkan prestasi industri pada masa akan datang membabitka­n Program Transforma­si Industri Pembinaan (CITP).

“Anugerah ini dibahagika­n kepada tiga kawasan liputan iaitu Semenanjun­g, Sabah dan Sarawak. Majlis ini adalah kali ketiga dianjurkan pada tahun ini," katanya.

 ??  ?? Mohamed Sairien (kiri) dan Wan Noor Hayati bergambar bersama trofi yang dimenangi mereka pada Malam Penghargaa­n Media KKR dan Anugerah Media Pembinaan CIDB 2016 di Kuala Lumpur, malam tadi.
Mohamed Sairien (kiri) dan Wan Noor Hayati bergambar bersama trofi yang dimenangi mereka pada Malam Penghargaa­n Media KKR dan Anugerah Media Pembinaan CIDB 2016 di Kuala Lumpur, malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia