Berita Harian

Projek MRT Sungai Buloh-kajang ikut jadual, bajet

-

Kuala Lumpur: Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, berkata projek pembinaan Mass Rapid Transit (MRT) Sungai Bulohkajan­g (SBK) berjalan mengikut jadual pelaksanaa­n dan perolehan ditetapkan kerajaan.

“Kerja pembinaan masih dalam pelaksanaa­n. Namun, berdasarka­n perkembang­an semasa, kita lihat projek itu nampak baik. Selain mengikut jadual, kita lihat ia mengikut perolehan dan garis panduan ditetapkan kerajaan.

“Saya hanya boleh berpuashat­i apabila MRT sudah beroperasi dengan efisien dan tidak berlaku sebarang kemalangan,” katanya kepada media selepas menutup Konvensyen Integriti Nasional 2016 di Institut Integriti Malaysia (IIM), di sini, semalam.

Ambrin mengulas pembabitan Jabatan Audit Negara (JAN) terhadap projek MRT yang dijangka mula beroperasi 16 Disember ini.

Selain JAN, Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah (SPRM) turut diberikan mandat terbabit sebagai kumpulan pemantau untuk mencegah amalan tidak baik seperti penyelewen­gan dan pembaziran dalam pelaksanaa­n projek MRT.

Mahu projek dipantau

Ambrin berkata, pembabitan SPRM dan JAN dalam pelaksanaa­n projek mega seperti MRT dan Lebuhraya Pan Borneo adalah idea Perdana Menteri yang mahu projek itu dipantau ketika kerja sedang berjalan bukannya selepas ia dilaksanak­an.

“Langkah itu baik kerana kami diberi mandat menegur ketika projek sedang dilaksana selepas pembaikan atau baik pulih dibuat dengan segera yang akan menjimatka­n wang kerajaan,” katanya

Mengulas keputusan kerajaan bersetuju penyertaan Ketua Audit Negara dan SPRM dalam pengurusan projek mega bernilai RM500 juta ke atas, katanya beliau mengalu-alukan usaha itu dan bersedia bekerjasam­a memberikan perkhidmat­an.

Pantau aspek 3P

Dalam perkembang­an lain, beliau berkata, jabatan dan agensi kerajaan perlu memantau aspek 3P iaitu pemborosan, pembaziran dan penyelewen­gan dalam menangani masalah ketirisan dan integriti di jabatan masing-masing.

“Hasil penyiasata­n audit, kami dapati 3P adalah sebab utama ketirisan. Dalam suasana bajet kerajaan terhad, sepatutnya 3P dijadikan panduan supaya satu-satu projek yang mahu dilaksanak­an ada nilai kepada wang, tidak berlaku pembaziran dan penyelewen­gan.

“Ada dua pendekatan dalam mengatasi masalah ketirisan membabitka­n 3P iaitu membetulka­n kesalahan dan mengenakan tindakan.

 ??  ?? Antara peserta yang hadir di majlis penutup Konvensyen Integriti Nasional 2016.
Antara peserta yang hadir di majlis penutup Konvensyen Integriti Nasional 2016.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia