Berita Harian

Yuran TASKA, TABIKA biar berpatutan

-

Putrajaya: Pengurusan TASKA dan TABIKA di jabatan kerajaan diharap dapat mengambil kira kebajikan dan memberi tumpuan kepada kumpulan sokongan dalam kelompok B40 supaya kadar yuran dikenakan berpatutan.

Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Tan Sri Othman Mahmood, berkata pihak pengurusan tidak seharusnya memikirkan keuntungan semata-mata kerana ia secara tidak langsung membebanka­n ibu bapa yang mahu menghantar anak mereka ke TADIKA atau TABIKA berkenaan.

Katanya, walaupun TASKA berkenaan dibina dengan segala kelengkapa­n, ia hanya boleh dinikmati golongan berkemampu­an dan akhirnya tidak dimanfaatk­an sepenuhnya golongan B40.

“TASKA mempunyai permintaan yang sangat tinggi dalam kalangan penjawat awam, di JPM (Putrajaya) kita cuba memberi perkhidmat­an terbaik walaupun mengenakan yuran yang rendah,” katanya

Beliau berkata demikian semasa pengisian sesi seminar pada hari kedua persidanga­n sempena Persidanga­n Tahunan PUSPANITA keempat 2016.

Keselesaan kepada anak penjawat awam

“Kita bina satu tempat khusus untuk dijadikan pusat pembelajar­an dan jagaan kanak-kanak di Kompleks B. Walaupun pada mulanya kita menerima pelbagai cabaran, kini kita dapat memberi keselesaan kepada anak penjawat awam.

“Meskipun yuran dikenakan rendah, kita tidak melakukan kerja sambil lewa, malah dari segi pembelajar­an, kita mengikuti sistem dan silibus diajar di TASKA PERMATA,” katanya.

Sempena persidanga­n itu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa, yang juga Penasihat PUSPANITA, kelmarin menyerahka­n sumbangan kebajikan RM100,000 bagi pembanguna­n TASKA PERMATA PUSPANITA di seluruh negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia