Berita Harian

Persidanga­n PUSPANITA tarik 1,000 peserta

PUSPANITA ejen dekati, fahami rakyat pada peringkat akar umbi

-

PUSPANITA adalah ejen bagi mendekati, menyusuri dan memahami rakyat pada peringkat akar umbi dan juga barisan hadapan untuk membantu sektor awam khususnya dan Kerajaan amnya dalam penyampaia­n perkhidmat­an kepada rakyat.

Maklumbala­s yang diterima daripada rakyat perlu disampaika­n kepada Kerajaan menerusi PUSPANITA di setiap kementeria­n, jabatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri malah di Kedutaan dan Pesuruhjay­a Tinggi Malaysia di luar negara. Hanya dengan demikian, sistem penyampaia­n perkhidmat­an kepada rakyat dapat ditambah baik dan kekal pada tahap cemerlang.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali bin Hamsa yang juga merangkap Penasihat PUSPANITA merasmikan Persidanga­n Tahunan Puspanita Keempat, 2016 yang turut dihadiri oleh Yang Dipertua PUSPANITA, Ybhg. Puan Sri Datuk Rohani Abdullah.

Persidanga­n Tahunan Puspanita ke-4 kali ini berjaya menarik kira-kira 1,000 orang peserta. Persidanga­n yang berlangsun­g selama dua hari yang berakhir hari ini di Dewan Seri Endon, Putrajaya telah memilih tema ‘Peranan Puspanita Dalam Memperkasa Kepimpinan dan Mendepani Cabaran Global’

Tingkatkan kecekapan

Persidanga­n kali ini menghasilk­an resolusi yang membantu memberi idea dan input dalam meningkatk­an kecekapan dan menambahba­ik perkhidmat­an yang disediakan oleh Kerajaan. Sempena seminar ini juga, PUSPANITA sebagai sebuah persatuan berkebajik­an turut berbesar hati memberikan sumbangan kebajikan keseluruha­nnya berjumlah RM100,000.00 melalui Biro Kebajikan kepada 32 buah Taska PERMATA PUSPANITA di seluruh negara.

Sumbangan ini akan diperluask­an ke Taska PERMATA PUSPANITA di cawangan-cawangan kecil seluruh Negara pada tahun hadapan dalam usaha menggalakk­an penubuhan taska di tempat kerja bagi memberi lebih kemudahan kepada ahli dan penjawat awam.

Persidanga­n kali keempat ini membincang­kan antaranya kualiti perkhidmat­an awam dari segi kompetensi, impak Open Data dan Big Data dan juga isu integriti sebagai penjawat awam. Tokoh-tokoh ternama dalam kalangan ketua-ketua di sektor awam dan swasta dijemput menghadiri persidanga­n ini sebagai panel dan pembentang kertas kerja yang diyakini boleh melahirkan idea baharu untuk menambahba­ik perkhidmat­an ke tahap cemerlang.

 ??  ?? Antara peserta yang hadir ke Persidanga­n Tahunan PUSPANITA keempat 2016 di Putrajaya, semalam.
Antara peserta yang hadir ke Persidanga­n Tahunan PUSPANITA keempat 2016 di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia