Berita Harian

MB cabar tunjuk bukti penyelewen­gan

Kecekapan pengurusan MB Inc bolehkan pembayaran royalti pasir RM29.64 juta sejak 2014

- Oleh Shaarani Ismail

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mencabar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Kepayang, Nga Kor Ming menunjukka­n bukti penyelewen­gan yang didakwanya dalam pengurusan Perbadanan Menteri Besar (MB Inc).

Zambry berkata, Kor Ming yang juga Pengerusi DAP Perak ketika membahaska­n Bajet Negeri 2017 semalam berkali-kali membuat dakwaan itu, seolah-olah anak syarikat kerajaan negeri dalam keadaan teruk kerana tidak membentang­kan laporan audit.

“Negeri lain pun ada Perbadanan Menteri Besar tetapi mereka tidak membentang­kan laporan audit. Beliau (Kor Ming) sengaja mahu menggambar­kan yang Perak (MB Inc) teruk, ada penyelewen­gan dan rasuah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di luar persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, di sini semalam.

Bayaran royalti

Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan, Pengangkut­an Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon, berkata MB Inc sudah membayar RM29.64 juta hasil royalti pasir kepada kerajaan negeri sejak 2014 hingga Oktober lalu.

Peningkata­n 48 kali ganda

Katanya, pada 2014 bayaran royalti hanya sebanyak RM479,007 dan kecekapan pengurusan MB Inc membolehka­n jumlah itu meningkat kepada RM5.937 juta tahun lalu dan mencecah RM23.221 juta bagi tempoh 10 bulan pertama tahun ini.

“Bayaran royalti itu yang diterima bagi tempoh 1 Januari 2015 sehingga Oktober lalu menunjukka­n peningkata­n 48 kali ganda berbanding royalti pada 2014. Ia jelas menunjukka­n kejayaan MB Inc dalam mengurangk­an ketirisan selain keberkesan­an sistem pengurusan pasir negeri,” katanya.

 ??  ?? Zambry Abd Kadir
Zambry Abd Kadir

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia