Berita Harian

‘Tiada keperluan saya isytihar harta’

- Untuk video layari www.bharian.com.my

Ampang: Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Ampang, Datuk Adam Rosly Abdullah berpendiri­an tiada keperluan untuknya mengisytih­arkan harta dan aset miliknya seperti disarankan Naib Presiden merangkap Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli.

Katanya, beliau tidak memegang sebarang jawatan dalam kerajaan mahupun syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sehingga perlu berbuat demikian.

“Apa keperluan (isytihar aset)? Namun, saya bersedia kalau ada arahan (rasmi) daripada parti untuk saya berbuat demikian bagi memuaskan hati semua pihak. Satu sen pun saya tak tinggal (untuk diisytihar),” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Adam Rosly, 28, berkata beliau juga bersedia melepaskan jawatannya dalam tempoh 24 jam jika terbukti melakukan kesalahan dalam mengumpul kekayaan.

Diminta kemuka dokumen

Diminta mengemukak­an dokumen maklumat perniagaan­nya, beliau enggan berbuat demikian dengan alasan sebarang dokumen hanya akan diserahkan kepada polis, Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) jika perlu membantu siasatan isu berkenaan.

 ??  ?? Keratan akhbar BH 17 November lalu
Keratan akhbar BH 17 November lalu
 ??  ?? Adam Rosly Abdullah
Adam Rosly Abdullah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia