Berita Harian

KADS1M-DEBIT tambah baik inisiatif

Tiada caj tambahan dikenakan bagi penggunaan kad pelajar di luar negara

- Oleh Samadi Ahmad

Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M)-DEBIT yang dilancarka­n semalam menawarkan pelbagai keistimewa­an dan memudahkan pelajar, termasuk dari negara ini yang mengikuti pengajian di luar negara.

Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainuddin ketika melancarka­n kad berkenaan, berkata KADS1M-DEBIT adalah satu daripada inisiatif penambahba­ikan KADS1M sedia ada.

Tak dikenakan GST

Katanya, kelebihan KADS1M-DEBIT ialah ia menggunaka­n platform Mastercard dan CIRRUS, yang boleh diguna bagi pengeluara­n tunai melalui mesin ATM dan Sistem Pembayaran Elektronik (MEPS) serta tidak dikenakan cukai barang dan perkhidmat­an (GST).

“Bagi penggunaan kad berkenaan oleh pelajar kita di luar negara, tiada caj tambahan dikenakan, sekali gus memudahkan mereka melakukan transaksi dan pada masa sama, menerima diskaun bagi pembelian di premis rakan dagang terpilih,” katanya.

Pelancaran kad baharu itu diadakan serentak perasmian Majlis Perdana Gerakan Pengguna Siswa (MPGPS) 2016 yang turut dihadiri Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Jamil Salleh serta Pengarah Penguatkua­sa KPDNKK, Mohd Roslan Mahayuddin.

 ??  ?? Hamzah Zainuddin
Hamzah Zainuddin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia