Berita Harian

Sukarelawa­n belia bina tadika penamat projek di Kemboja

Kembali melawat, hantar bantuan persekolah­an kanak-kanak di kawasan terpencil, Anlong Samnar

- Oleh Rashiqah Ilmi Abd Rahim

Kementeria­n Belia dan Sukan menerusi Program Sukarelawa­n Belia Antarabang­sa Malaysia (Mycorps) akan menamatkan projek penempatan Mycorps di Kemboja dengan pembinaan sebuah tadika di kawasan terpencil di Anlong Samnar, Prek Angkor, di sini.

Tapak prasekolah 260 meter persegi dilengkapi kemudahan tandas dan taman permainan itu dijangka siap dalam tempoh tiga minggu dengan bantuan 49 sukarelawa­n belia Mycorps.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin Abu Bakar, berharap pembinaan itu dapat menjadi legasi Mycorps untuk meneruskan misi bantuan luar negara di Kemboja pada masa akan datang.

Katanya, pelaksanaa­n misi seumpama itu penting bagi meningkatk­an nama Malaysia yang berjaya melahirkan sukarelawa­n belia di pentas dunia dan meningkatk­an taraf hidup masyarakat antarabang­sa.

Kembali lawat tadika

“Saya mahu sukarelawa­n Mycorps mengikuti perkembang­an tadika ini selepas ia siap dibina dengan kembali melawat dan menghantar bantuan peralatan sekolah untuk kegunaan kanak-kanak di sini,” katanya selepas melawat projek berkenaan di sini.

Misi itu dilaksanak­an dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan iaitu Tabung Pendidikan dan Pembanguna­n Kemboja (CEDF).

Sebelum Siem Reap, misi pertama projek penempatan Mycorps di Kemboja bermula di Kampong Thom, Phnom Penh pada Oktober lalu.

Antara projek yang berjaya dilaksanak­an di kawasan itu ialah membaik pulih tandas, membina tempat pembakaran, tempat basuh tangan dan penapis air.

Mengulas lanjut, Khairy berkata kementeria­n bercadang menghantar sukarelawa­n Mycorps yang sedang menjalani latihan di Pusat Belia Antarabang­sa, Cheras di negara membangun dan wilayah bergolak seperti Syria dan Lubnan.

Misi ketiga

Misi ketiga itu susulan kejayaan sukarelawa­n Mycorps di Kemboja pada tahun ini.

“Tempoh tiga bulan memerlukan komitmen yang sangat tinggi, apatah lagi mereka ditempatka­n di kawasan yang sangat daif dan terpencil.

Peserta, Noraisha Yusuf, 28, berkata beliau tekad berhenti kerja sebagai pegawai di Bank Negara Malaysia dan menyertai Mycorps bagi memberikan perhatian penuh pada misi kemanusiaa­n di samping mahu mengajak belia sama-sama menyertain­ya.

 ??  ?? Khairy Jamaluddin pada Program Sukarelawa­n Belia Antarabang­sa anjuran Kementeria­n Belia dan Sukan di Anlong Samnar, Prek Angkor, Kemboja.
Khairy Jamaluddin pada Program Sukarelawa­n Belia Antarabang­sa anjuran Kementeria­n Belia dan Sukan di Anlong Samnar, Prek Angkor, Kemboja.
 ??  ?? Mycorps dengan kerjasama CEDF membina tadika dengan pelbagai kemudahan di Anlong Samnar, Prek Angkor.
Mycorps dengan kerjasama CEDF membina tadika dengan pelbagai kemudahan di Anlong Samnar, Prek Angkor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia