Berita Harian

Bank Rakyat hulur sumbangan sempena kempen #jombuatbai­k

Raikan ulang tahun ke-62, bantu golongan memerlukan

- Oleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi, Norizzah Baharudin dan Nor Amalina Alias

Bagi meraikan ulang tahun ke-62 penubuhann­ya, Bank Rakyat melaksanak­an kempen #jombuatbai­k sebagai sebahagian daripada tanggungja­wab sosial korporatny­a (CSR) yang diadakan dari 20 Jun hingga 31 Julai lalu.

Menerusi kempen yang dijayakan bersama Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC), sumbangan diberikan kepada mereka yang memerlukan dan semalam, beberapa pihak menerima manfaat daripada kempen berkenaan.

Antara penerima ialah Ahmad Wafiy Adli Sham, 5, anak tunggal pasangan Adli Sham Abas, 38, dan Norliyana Abdullah, 29, dari Seremban, yang menghidap penyakit saraf dan tulang lembut sejak berusia empat bulan.

Ketua Wilayah 7 (Pahang dan Negeri Sembilan) Bank Rakyat, Rosly Ab Rahim, berkata menerusi kempen itu, pihaknya mengenal pasti individu yang memerlukan bantuan untuk menerima sumbangan bagi menampung kos perubatan mereka.

Ringan beban keluarga

“Di Negeri Sembilan, kami memilih Ahmad Wafiy dengan memberi sumbangan RM5,000 dalam bentuk simpanan bagi meringanka­n beban ibu bapanya,” katanya ketika ditemui pada penyerahan sumbangan berkenaan di kediaman kanakkanak itu di Flat Taman Rasah Jaya, Seremban.

Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan, Mohamad Hapil. Pada majlis sama, MAYC turut menyerahka­n bantuan makanan kepada keluarga berkenaan.

Sementara itu, Adli Sham berkata, pendapatan­nya sebagai pembantu kedai kira-kira RM500 sebulan, tidak mencukupi berikutan isterinya tidak bekerja dan perlu memberi sepenuh perhatian terhadap anak.

Di Melaka, penderitaa­n seorang ibu beranak tiga yang mengidap sakit buah pinggang di Kampung Lapan, mendapat perhatian menerusi kempen itu.

Zainab Ramli, 43, disahkan menghidap penyakit itu sejak 2013 selepas melahirkan anak bongsu, Muhammad Faizuddin Awaludin, yang kini berusia tiga tahun.

Beliau menerima sumbangan barangan keperluan harian dan baucar tunai RM5,000 yang disampaika­n Ketua Wilayah 4 (Johor/ Melaka) Bank Rakyat, Norahim Buang.

Ketika ditemui, Zainab berkata, beliau menghidap kencing manis dan darah tinggi ketika mengandung dan penglihata­nnya menjadi kabur selama hampir tiga minggu.

Beliau yang sebelum ini bekerja sebagai kerani di Pejabat UMNO Tangga Batu berkata, enam bulan kemudian beliau diserang demam panas hingga menyebabka­n hilang ingatan selama tiga hari.

Di Machang, Kelantan, seorang buruh, Zainuddin Sulaiman, 43, tidak dapat menahan sebak dan menitiskan air mata di hadapan kakitangan Bank Rakyat apabila terpilih sebagai penerima sumbangan RM5,000 menerusi kempen sama.

Beliau ketika ditemui di rumahnya di Kampung Paloh Rawa, di sini, berkata, beliau terharu dengan bantuan yang diterima walaupun penerimany­a iaitu anaknya, Muhammad Ridhuan Mikail yang menghidap penyakit sindrom down serta penyakit berangkai hati, jantung dan paru-paru telah meninggal dunia, Ogos lalu.

Katanya, bantuan itu mengubat kerinduan beliau dan isteri, Rahani Ismail, 44, atas pemergian arwah anak bongsunya yang ketika itu berusia lima bulan.

Selain wang tunai, keluarga Zainuddin turut menerima sumbangan barangan keperluan asas seperti gula, gandum dan beras yang disampaika­n Ketua Wilayah 6 (Kelantan dan Terengganu) Bank Rakyat, Azman Abd Aziz.

Saya tidak memaklumka­n keadaan itu kepada suami, Awaludin Abd karim, 43, dan keluarga. Sejak lahir, anak diserahkan kepada kakak saya untuk dijaga kerana tahap kesihatan yang terganggu, tambahan pula kaki membengkak dan bermulalah kehidupan saya keluar masuk hospital” Zainab Ramli, Penerima sumbangan

 ?? [ FOTO NOR AMALINA ALIAS/BH ] ?? Azman (tengah) menyampaik­an sumbangan RM5,000 dan barang keperluan asas kepada Zainuddin di Kampung Paloh Rawa.
[ FOTO NOR AMALINA ALIAS/BH ] Azman (tengah) menyampaik­an sumbangan RM5,000 dan barang keperluan asas kepada Zainuddin di Kampung Paloh Rawa.
 ?? [ FOTO ADZLAN SIDEK/BH ] ?? Ahmad Wafit lima tahun di dukung ayahnya, Adli Isham menerima sumbangan daripada Rosly (tiga dari kiri) di Taman Rasah Jaya, Seremban.
[ FOTO ADZLAN SIDEK/BH ] Ahmad Wafit lima tahun di dukung ayahnya, Adli Isham menerima sumbangan daripada Rosly (tiga dari kiri) di Taman Rasah Jaya, Seremban.
 ??  ?? Norahim (kiri) menyampaik­an baucar tunai kepada Zainab (hadapan dua dari kanan) di Kampung Lapan, Melaka.
Norahim (kiri) menyampaik­an baucar tunai kepada Zainab (hadapan dua dari kanan) di Kampung Lapan, Melaka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia