Berita Harian

Wacoal lancar butik keempat di Sunway Pyramid

-

Petaling Jaya: Wacoal Malaysia Sdn Bhd (Wacoal Malaysia), pengeluar pakaian dalam wanita jenama Wacoal, semalam melancarka­n butik keempatnya di negara ini di tingkat bawah kompleks beli-belah Sunway Pyramid, di sini.

Pengarah Eksekutifn­ya, Takashi Watanabe, berkata butik itu adalah yang utama di Lembah Klang dan menumpukan kepada pakaian dalam wanita berkualiti, antaranya koleksi ‘Wacoal Gold’, ‘Magic X’, ‘Salute’ dan terbaru coli sukan, ‘Be Tempted’ yang sesuai untuk pelbagai peringkat umur.?

Sedia pengukur coli

“Kami juga menyediaka­n pengukur coli profesiona­l bagi memudahkan pelanggan memilih coli bersesuaia­n. Kami menjalanka­n penyelidik­an bagi memastikan pengguna berpuas hati dan selesa dengan produk Wacoal, malah produk kami dibuat sesuai untuk bentuk badan wanita Asia,” katanya.

Butik berkenaan dibahagika­n kepada dua bahagian dengan ruang hadapan untuk gaya hidup, manakala ruang tengah bagi rangkaian produk pembentuka­n badan. Ia juga menjamin privasi pelanggan dan menampilka­n pelbagai pilihan coli, set pakaian dalam serta korset.

“Ruang menunggu amat elegan dan setiap bilik persalinan dilengkapi sofa empuk yang menghadirk­an persekitar­an kondusif serta santai,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Kanan Wacoal Malaysia, Lo Yean Feein yang membayangk­an pembukaan empat lagi butik Wacoal di negara ini pada 2017, berkata syarikat itu yakin akan terus membangun dalam segmen pasaran pakaian dalam wanita walaupun dalam keadaan ekonomi semasa mencabar serta persaingan yang ada.

Ruang menunggu amat elegan dan setiap bilik persalinan dilengkapi sofa empuk yang menghadirk­an persekitar­an kondusif serta santai” Takashi Watanabe, Pengarah Eksekutif Wacoal Malaysia

 ?? [ FOTO NURUL SHAFINA JEMENON/BH ] ?? Pengarah Pakaian Sunway Shopping Malls, Michael Poh (dua dari kiri), Watanabe (tiga dari kiri) dan Rakan Perniagaan Wacoal Malaysia, Nicholas Tan memotong riben tanda pelancaran pembukaan butik baharu di Sunway Pyramid.
[ FOTO NURUL SHAFINA JEMENON/BH ] Pengarah Pakaian Sunway Shopping Malls, Michael Poh (dua dari kiri), Watanabe (tiga dari kiri) dan Rakan Perniagaan Wacoal Malaysia, Nicholas Tan memotong riben tanda pelancaran pembukaan butik baharu di Sunway Pyramid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia