Berita Harian

Bekas Pengarang Eksekutif BERNAMA dirompak

-

Ampang: Bekas Pengarang Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Zainoor Sulaiman cedera dan kerugian lebih RM100,000 selepas dirompak dua penyamun, awal pagi semalam.

Kedua-dua penyamun itu turut melarikan sebuah PROTON Persona, barang kemas bernilai lebih RM50,000 dan beberapa telefon bimbit.

Ketika kejadian jam 5.30 pagi itu, kedua-dua suspek terbabit bersenjata­kan sebatang besi dan sebilah pisau, meluru masuk ke bilik tidur mangsa di tingkat atas.

Ketika itu, Zainoor sedang bersiap untuk ke masjid berdekatan rumahnya untuk menunaikan solat Subuh manakala isterinya, Nur Hamisah Ahmad, 49, dan anak lelakinya, Zulfakar Zainoor, 31, masih tidur.

“Penyamun bergegas masuk ke bilik menyebabka­n saya terkejut lalu terjatuh di atas lantai. Isteri terus terjaga dari tidur dan tergamam.

Diikat di bilik bawah

“Mereka mengugut saya dan isteri untuk dicederaka­n jika melawan. Selepas itu, saya, isteri bersama anak diikat di bilik bawah.

“Beberapa minit sahaja, saya dan keluarga berputih mata rugi lebih RM100,000. Tetapi, Alhamdulil­lah keluarga tersayang selamat,” katanya ketika ditemui BH di kediamanny­a di Taman Sri Ampang di sini, semalam.

Zainoor yang berkhidmat selama 25 tahun di BERNAMA dan bersara pada 2000 berkata, sejurus suspek meninggalk­an mereka, anaknya segera ke rumah jiran untuk meminjam telefon bagi menghubung­i pihak polis dan menghantar beliau ke Hospital Ampang untuk dirawat.

Katanya, terpaksa menerima enam jahitan di pipi kirinya akibat kecederaan terkena pisau.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias ketika dihubungi mengesahka­n menerima laporan kejadian dan berkata, polis sedang mengesan kedua-dua suspek terbabit.

BERNAMA

 ?? [ FOTO SAIRIEN NAFIS /BH ] ?? Zainoor menceritak­an kejadian ketika rumahnya dimasuki perompak di Taman Sri Ampang.
[ FOTO SAIRIEN NAFIS /BH ] Zainoor menceritak­an kejadian ketika rumahnya dimasuki perompak di Taman Sri Ampang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia