Berita Harian

Drama Fatin ungguli ASK 2016

Sutradara turut muncul sebagai pengarah drama terbaik

- Oleh Hidayah Mohammad

Drama Fatin, karya terbitan Balang Rimbun Sdn Bhd, mengunggul­i kategori Drama Terbaik manakala sutradaran­ya, Razaisyam Rashid, diumumkan sebagai Pengarah Terbaik Drama pada Anugerah Skrin 2016 (ASK 2016), malam tadi.

Naskhah pula diumumkan sebagai pemenang kategori Videografi Terbaik menerusi hasil kerja Idham Mad Din pada majlis yang berlangsun­g di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC).

Trofi Pelakon Lelaki Terbaik Drama menjadi milik Beto Kusyairy yang menunjukka­n lakonan cemerlang dalam Ramadan Berteduh Syawal, manakala Tiz Zaqyah (Cermin Kasih) pula mengunggul­i kategori Pelakon Wanita Terbaik.

Drama Cermin Kasih juga menyaksika­n seorang lagi pelakonnya, Fazlina Ahmad Daud menggengga­m trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik. Bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki, ia dimenangi oleh Jalil Hamid menerusi Calon Syurga.

Drama Rekah terbitan Unit Drama TV RTM pula menang kategori Lakon TV (Skrip) Terbaik dan Suntingan Terbaik.

Filem terbaik

Sementara itu, dalam kategori filem, Redha terbitan Current Pictures yang mengisahka­n cabaran ibu bapa memiliki anak autistik turut membawa pulang dua anugerah, masing-masing menerusi kategori Filem Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik (Namron). Bintang Nota, Maya Karin diangkat Pelakon Wanita Terbaik.

Syamsul Yusof yang bertanding atas tiket Munafik mengulangi pencapaian­nya pada Festival Filem Malaysia ke-28 apabila beliau dinobatkan Pengarah Terbaik.

Hushairi Husain daripada filem Polis Evo dan aktres berpengala­man, Fauziah Ahmad Daud (Langit Cinta) pula diumum penerima trofi Pelakon Pembantu Lelaki dan Wanita Terbaik Filem.

Anugerah Lakon Layar Terbaik diserahkan kepada Wan Hasliza untuk filem Love Supermoon.

Bagi kategori Drama Rantaian Terbaik, ia dimenangi karya terbitan Luqsar Kreatif, Wadi, manakala Makcun2 diangkat sebagai Drama Komedi Bersiri Terbaik dengan pelakon utamanya, Erma Fatima, memenangi trofi yang baharu diperkenal­kan tahun ini, Pelakon Komedi Terbaik.

Kategori Drama Rantaian Popular Media Sosial menyaksika­n Kau Aku Kita daripada JS Pictures muncul pemenang. Drama yang mengisi slot Lestary di TV3 itu menampilka­n Janna Nick dan Saharul Ridzwan sebagai bintang utama.

 ?? [FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/BH] ?? Dari kiri,
Betto dan Tiz Zakiah bersama trofi Pelakon Lelaki dan Wanita terbaik kategori drama manakala, Maya Karin dan Namron menerima anugerah Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik kategori Filem.
[FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/BH] Dari kiri, Betto dan Tiz Zakiah bersama trofi Pelakon Lelaki dan Wanita terbaik kategori drama manakala, Maya Karin dan Namron menerima anugerah Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik kategori Filem.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia