Berita Harian

SK Sungan terima RM120,000 bermula 2017

-

Serian: Sekolah Kebangsaan (SK) Sungan, di sini, menjadi sekolah terbaharu di Sarawak, menerima bantuan pendidikan daripada Yayasan Eco World (EWF) selama tiga tahun berjumlah RM120,000, bermula tahun depan.

Bantuan berkenaan merangkumi pemberian buku latihan bagi setiap subjek, beg sekolah, termasuk program motivasi, lawatan sambil belajar dan beberapa lagi program penekanan pendidikan membabitka­n 45 murid dari darjah satu hingga enam yang majoritiny­a berasal dari keluarga berpendapa­tan rendah.

Pengerusi EWF, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata bantuan berkenaan dilaksanak­an selepas mendapat maklum balas daripada guru besar dan guru di sekolah itu.

“Pemilihan SK Sungan bersama dua sekolah lain, SK Temong dan SK Sejijag di Serian, bagi program ban tuan terbabit dibuat kerana EWF yakin menerusi pendidikan sahaja anakanak di kawasan luar bandar mampu meningkatk­an kualiti kehidupan keluarga. Justeru, EWF akan memperuntu­kkan bantuan sejumlah RM40,000 setahun.

“EWF juga akan memperuntu­kkan hampir 80 peratus dananya khusus bagi bantuan pendidikan di seluruh negara,” katanya selepas menghadiri Majlis Penyerahan Beg Sekolah di SK Sungan, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif EWF, Kapten (B) Datuk Liew Siong Sing dan Guru Besar SK Sungan, Harry Peter Dago.

Lam Thye berkata, EWF turut menyediaka­n peruntukan khas kepada murid cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dari SK Sejijag, Angelika Jovinna Johny, 13, yang berjaya memperoleh keputusan 5A, tahun lalu.

 ??  ?? Lam Thye bersama pelajar SK Sungan yang menerima bantuan Yayasan Eco World .
Lam Thye bersama pelajar SK Sungan yang menerima bantuan Yayasan Eco World .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia