Berita Harian

RM800,000 baik pulih kemudahan di Batu Pahat

-

Batu Pahat: Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memperuntu­kkan sebanyak RM800,000 bagi kerja membaiki jalan, balai raya dan surau di kawasan Parlimen ini.

Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata peruntukan yang disediakan oleh kerajaan itu akan dilaksanak­an menerusi 21 projek membabitka­n tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Batu Pahat iaitu DUN Penggaram, Senggarang dan Rengit.

Katanya, peruntukan berke naan penting bagi membantu membaik pulih kemudahan yang mengalami kerosakan di kawasan DUN berkenaan dan secara tidak langsung turut memberi manfaat kepada penduduk setempat.

Diagih mengikut projek

“Peruntukan ini akan diagihkan mengikut projek dan kerosakan yang dialami di kawasan berkenaan seperti membaik pulih jalan berlubang dan perkara lain.

“Ini juga antara inisiatif UMNO Bahagian Batu Pahat dalam memberikan perkhidmat­an ter baik kepada penduduk setempat, sekali gus memastikan keselesaan rakyat sentiasa diutamakan,“katanya ketika berucap pada Program Jelajah Membara Menyantuni Rakyat di sini, semalam.

Mohd Puad berkata, program itu dianjurkan bagi mendekati rakyat setempat khususnya golongan muda.

“Menerusi program berkenaan, kita dapat menarik minat golongan muda untuk menyertai aktiviti anjuran UMNO Bahagian Batu Pahat pada masa depan,” katanya.

 ??  ?? Mohd Puad bersama pemilik motor ketika aktiviti penyelengg­araan dan menukar minyak hitam pada program Jelajah Membara Menyantuni Rakyat di Batu Pahat, semalam.
Mohd Puad bersama pemilik motor ketika aktiviti penyelengg­araan dan menukar minyak hitam pada program Jelajah Membara Menyantuni Rakyat di Batu Pahat, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia