Berita Harian

Tiga tokoh terima ijazah kehormat USIM

- Oleh Tuty Haryanti Ahnmad Rodzi

Bekas Timbalan Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Datuk Dr Mohamed Asin Dollah akan menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Dakwah dan Pengurusan Islam pada majlis Konvokesye­n USIM Ke-14, hari ini.

Mohamed Asin yang berasal dari Temerloh, Pahang antara pengurusan kanan awal USIM ketika ditubuhkan pada 2000. Beliau ber kelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dengan kepujian dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1976 dan Ijazah Sarjana dari Universiti Glasgow pada 1980.

Kepakaran pelbagai bidang

Tokoh itu menerima Ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Birmingham dalam bidang Pemikiran Islam dan Pengajian AgamaAgama pada 1989. Kepakaran pelbagai bidang membolehka­nnya dilantik menganggot­ai pelbagai jawatankua­sa seperti Jawatankua­sa Kawalan Buku Teks Pendidikan Islam, Kementeria­n Pendidikan.

Sementara itu, gelaran Profesor Emerita pula diberikan kepada bekas Pengarah Kolej PERMATA Insan yang juga Pensyarah Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) USIM, Prof Datuk Dr Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim.

Mizan Adiliah yang berasal dari Ipoh, Perak, memberi sumbangan besar dalam bidang pendidikan am dan kaunseling. Keupayaann­ya terserlah apabila diberi amanah sebagai Dekan FKP antara 2004 hingga 2010 dan Pengarah Program PERMATA Insan antara 2010 hingga tahun lalu.

Beliau juga aktif kegiatan kemasyarak­atan sebagai Ahli Pena sihat Lembaga Kaunselor Malaysia dan Pengerusi Rumah Kanakkanak Istimewa Kuala Langat. Mohamad Asin dan Mizan Adiliah akan menerima anugerah masingmasi­ng daripada Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud.

Procanselo­r USIM, Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz pula akan menyampaik­an Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Syariah dan Undangunda­ng kepada bekas Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Faiza Tamby Chik yang juga bekas Felo Utama Fakulti Syariah dan Undangunda­ng USIM.

 ??  ?? Tunku Ali Redhauddin melawat pameran di Tapak Pesta Konvokesye­n USIM di Nilai, semalam.
Tunku Ali Redhauddin melawat pameran di Tapak Pesta Konvokesye­n USIM di Nilai, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia