Berita Harian

JAKIM perkasa generasi penghafaz al-quran

-

Al-quran adalah mukjizat Nabi Muhammad SAW yang kekal hingga ke akhir zaman. Mukjizat al-quran mengatasi semua mukjizat yang pernah diturunkan Allah SWT kepada sekalian rasul sebelum Baginda SAW.

Semua mukjizat sebelum alquran tidak kekal dan hanya dapat diketahui melalui penerangan al-quran, wahyu Allah SWT yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW untuk disampaika­n kepada umat manusia sebagai pedoman bagi mencapai kebahagiaa­n di dunia serta akhirat.

Walaupun sudah lebih 1,400 tahun diturunkan, ia masih kekal dalam bentuk yang asli kerana itu janji Allah SWT melalui firman yang bermaksud: “Sesungguhn­ya Kamilah yang menurunkan al-quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.” (Surah al-hijr, ayat 9).

Hayati prinsip al-quran

Ayat al-quran terpelihar­a dalam dada dengan dihafaz oleh orang Islam turun temurun, difahami sehingga tidak ada seorangpun yang dapat mengubahny­a. Bagi yang ingin bersama memelihara amanah Allah SWT, perlu menghayati prinsip menghafaz al-quran.

Sememangny­a, gelaran sebagai hafiz atau hafizah sangat tinggi darjat dan martabatny­a di sisi Allah SWT serta dipandang mulia di mata manusia. Namun ia bukan suatu kebanggaan melainkan memegang amanah langsung daripada Allah SWT.

Bagi merancakka­n lagi pendidikan tahfiz, Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama Centre of Quranic Research, Universiti Malaya (CQR) akan menganjurk­an Simposium Tahfiz al-quran peringkat Antarabang­sa pada 22-24 November 2016 ini.

Sebanyak 35 kertas kerja pelbagai isu akan dibentangk­an dalam simposium bertemakan ‘Memperkasa Generasi Penghafaz al-quran’ dalam usaha merangsang penyelidik­an bidang pendidikan tahfiz.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia